,
Laman Utama

Tiket Sold Out! 5 Penyanyi BBNU Pamer Bakat Nyanyian Luar Biasa Dalam Showcase Mimpi

Azwa Rahman
31/08/2022
04:10 MYT
Lima orang bakat baharu, Afiq Adnan, Nidza Afham, Razmansyah, Fariha Razak dan Khareez Kasbulah mempamerkan nyanyian luar biasa mereka dalam sebuah showcase yang diberi nama Mimpi.
Bertempat di Nero Event Space, PJ Performing Arts Centre, Petaling Jaya, lokasi yang boleh memuatkan hampir 180 orang itu penuh dengan para peminat dan teman-teman yang hadir bagi menyaksikan persembahan mereka.
Menurut komposer terkenal Sharon Paul selaku penganjur bersama syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment, idea bagi menganjurkan platform bagi bakat-bakat baharu ini tercetus semasa pandemik COVID-19.
“Konsert mini ini dinamakan Mimpi Showcase kerana ini merupakan impian dan ‘mimpi’ artis-artis kami untuk bergelar artis, beraksi di pentas pertunjukan dan menjadi artis rakaman, semuanya bermula dengan ‘mimpi’ untuk menjadi bintang suatu hari nanti.
“Saya sendiri yang menyusun aturan muziknya di mana penonton akan dibuai dengan ‘mimpi’ penuh warna secara muzikal, bermula dari muzik rock ke orkestra dan diakhiri dengan pop EDM (Electronic Dance Music),” kata Sharon Paul ketika ditemubual.
Tambah istimewa apabila showcase ini turut menampilkan kemunculan khas artis Rocketfuel seperti Irfan Haris, juara All Together Now musim pertama, Idris Brown dan juara ERA Kucate 2022, Syazwan Syahmi.
Trio yang sedang popular, Afiq Adnan, Nidza Afham, Razmansyah cukup menghangatkan suasana dengan persembahan single mereka berjudul OY.
Tiba masa Khareez menyemarakkan semangat patriotik dengan membawakan sebuah lagu suku kaum Kadazan Dusun di Sabah, Aiso Kopupusan.
Kumpulan El Coro Ensemble yang menjadi penyanyi latar bagi showcase ini tidak ketinggalan menyajikan persembahan ala-ala Pitch Perfect dengan lagu Bye Bye Bye (N’sync) dan Thank You, Next (Ariana Grande).
Fariha Razak menutup malam penuh istimewa itu dengan single pertamanya berjudul Hapus yang mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lovenya Lagu Balik Raya! Indah Ruhaila, Wani Kayrie & Nadeera Buat Rindu Kampung Halaman

gempak
25/03/2024
13:50 MYT
Dengar banyak kali lagu Balik Raya ni pun best.
Laman Utama

Isu Lagu Astana Di SFMM38, Rocketfuel Terbuka Berbincang!

gempak
14/12/2023
05:30 MYT
Rocketfuel terbuka untuk berbincang.
Laman Utama

Rocketfuel Entertainment Hadiahkan Nadeera Zaini Naskhah Baru Ciptaan Komposer Lagu Justin Bieber

gempak
19/07/2023
06:50 MYT
Rezeki Nadeera.
Laman Utama

Atlet Bola Jaring Fariha Razak Bergelar Penyanyi - “Tiba Masa Saya Buat Benda Baru”

gempak
01/09/2022
14:09 MYT
All the best Fariha!
Laman Utama

Kerjasama Unggul Antara Rocketfuel Entertainment & Werkit Records Perkenal BBNU Popular Tanah Air Menerusi Showcase Mimpi

gempak
17/08/2022
11:50 MYT
Showcase artis BBNU