,
Laman Utama

Tiket Separuh Akhir Piala AFF Sold Out, Tapi Penyokong Marah 21,000 Tempat Duduk Sudah Kena Tapau Dengan Konsert Jay Chou

Maliah Surip
05/01/2023
10:20 MYT
Hari ini media sosial kecoh dengan isu penjualan tiket perlawanan separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
Ia menjadi kecoh kerana penyokong gembira apabila diumumkan sebanyak 59,000 tiket habis terjual tidak sampai 24 jam.
Namun pada sisi lain, penyokong juga marah apabila SNBJ yang diketahui boleh memuatkan sehingga 87,411 penonton pada satu satu masa telah ‘kehilangan’ lebih 20,000 kerusi untuk perlawanan penting tersebut.
Dan seperti yang diingatkan berulang kali ‘jangan main main dengan netizen Malaysia’, pantas kerja dilakukan.
Rupa rupanya, SNBJ kehilangan sebanyak 21,000 tempat duduk terdapat struktur pentas konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang sedang dipasang.
Apa yang lebih menimbulkan kemarahan adalah konsert Jay Chou hanya akan berlangsung pada 15 Januari depan, manakala perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Thailand pula berlaku 7 Januari, iaitu sekitar 3 hari saat artikel ini ditulis.
Ramai yang kesal dan mempersoalkan mengenai tindakan awal pemasangan sturuktur konsert tersebut. Mereka menyifatkan masih ada masa lagi untuk pihak penganjur memasang pentas selepas perlawanan separuh akhir AFF pada Sabtu ini.
Sementelah SNBJ kini memegang rekod kehadiran tertinggi pada peringkat kumpulan Piala AFF 2022 pada perlawanan Malaysia dan Singapura iaitu sebanyak 65,147 penyokong.
Tidak hanya mempersoalkan, penyokong dan netizen di media sosial mula melakukan banyak meme dan menyindir tentang pelepasan pemasangan pentas sehingga sudah merugikan 21, 000 kerusi yang sepatutnya menjadi hak penyokong dalam memberikan sokongan secara langsung kepada skuad Harimau Malaya kelak.
Banyak yang berharap, 21,000 kerusi yang ‘dicuri’ itu dilepaskan kepada penyokong pada Sabtu ini.
Namun bagi peminat Jay Chou pula, ada yang melahirkan kekesalan kerana penyanyi kesayangan mereka kini menjadi trending, dibenci dan dikecam lantaran penganjur sudah mula memasang sturuktur pentas sekitar lebih seminggu awal.
Mereka berasa tidak adil penyokong mahu menyalahkan Jay Chou kerana selain penyanyi antarabangsa tersebut tidak mengetahui tentang jadual perlawanan AFF yang berlangsung, bintang itu juga dikatakan telah mengajakkan tarikh konsert awal iaitu 7 Januari kepada 15 Januari 2022.
“Tak faham kenapa kena kecam Jay Chou, dia tak salah. Dia dah postponed konsert dari 7 kepada 15 haribulan…” luah seorang peminat penyanyi itu.
Kesimpulannya, siapa nak jawab ni? Kita tunggu penjelasan dari pihak SNBJ, FAM atau Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) serta campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.