,
Laman Utama

Tiket Konsert 25 Tahun Padi Reborn Sold Out, Penganjur Beri ‘Hadiah’ Buat Anak Anak Asnaf

Maliah Surip
01/12/2022
11:19 MYT
Tiket Konsert 25 Tahun Padi Reborn yang dijadual pada 3 Disember 2022, habis terjual, dua hari sebelum persembahan berlangsung.
Konsert yang dibawakan oleh Qew Communications Snd Bhd tersebut akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.
“Kami dengan bangga mengumumkan tiket Tiket Konsert 25 Tahun Padi Reborn telah habis dijual.
“Dan kami juga ingin umumkan setiap RM1 daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada Persatuan Bukan Kerajaan Kanak Kanak Asnaf,” ujar Pengarah Qew Comm, Datin Rahizahwati Yahya kepada media sewaktu sidang akhbar Konsert 25 Tahun Padi Reborn yang berlangsung di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, siang tadi.
Sebanyak 2,414 keping tiket dengan beberapa kategori harga telah habis dijual.
Sementara itu, kumpulan Padi Reborn melahirkan rasa teruja kerana dapat kembali ke Malaysia dan lebih gembira kerana akan meraikan ulang tahun ke-25 mereka bersama peminat atau Sobat Padi di negara ini.
Band yang terdiri daripada Fadly, Piyu, Ari, Rindra dan Yoyo itu juga tidak sabar untuk menghiburkan peminat dengan kolaborasi pertama mereka bersama legenda Datuk Sheila Majid.
“Mengikut rencana kami akan menyanyikan lagu Sheila Majid dan beliau juga akan mendendangkan lagu Padi Reborn,” kata Piyu.
Ditanya mengenai untaian lagu yang akan dipersembahkan, Padi Reborn memilih untuk tidak mendedahkannya kerana mahu membuat kejutan untuk penonton.
“Jika kami maklumkan, sudah tidak kejutan. Tapi yang pasti lagu lagu sepanjang 25 tahun kami berjuang akan didendangkan,” ujar Yoyo pula.
Ini merupakan kerjasama kedua Padi Reborn bersama Qew Comm yang sebelum ini telah menganjurkan konsert mereka sebelum pendemik COVID 19 melanda dunia.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.