,
Laman Utama

Tiket Coldplay Licin Dalam 3 Jam, Ada Yang Jual Semula Pada Harga RM43,000

Maliah Surip
17/05/2023
15:56 MYT
Hari ini adalah hari ‘pertempuran’ bagi peminat yang berperang mendapatkan tiket band popular dunia, Coldplay.
Sayangnya, seperti dilihat dalam pelbagai platform media sosial, banyak yang ‘tewas’ dalam peperangan mendapatkan tiket secara maya.
Tiket konsert dari jelajah Spheres World Tour itu malah diumumkan oleh Live Nation Malaysia telah habis dijual sekitar pukul 1 petang iaitu dalam tempoh tiga jam selepas penjualan dibuka.
Malah lebih membuat banyak pembeli yang gagal mendapatkan tiket ‘naik hantu’ apabila ada pihak yang mula menjual tiket yang telah dibeli dengan harga tidak masuk akal.
Kumpulan 'scalper' atau pembeli tiket hantu dilaporkan menjual tiket konsert tersebut sehingga mencecah RM43,000!
Ironi, harga asal untuk kategori 1 hanyalah RM1,288!
Sementara untuk yang lainnya, kebanyakan harga tiket dinaikkan sehingga dua kali kanda daripada harga asal.
Sebagai contoh, kategori 3 yang berharga RM658 kini dijual semula pada harga RM1,400.
Terdahulu penganjur juga mendedahkan sekitar 400,000 orang telah menyertai pertempuran maya untuk mendapatkan tiket bagi menonton Coldplay yang pertama kali akan melakukan konsert di Malaysia.
Coldplay dijadualkan bertemu lebih 85,000 peminat bukan saja dari Malaysia tetapi dijangka hadir dari negara Asia terdekat seperti Singapura dan Thailand di Stadium Bukit Jalil menerusi siri jelajah Spheres World Tour pada 22 November 2023 ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.