,
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

Gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Seramai tiga peserta Himpunan RXZ Members maut sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri program tahunan tersebut yang berakhir kelmarin.
Enam peserta lain pula disahkan cedera dalam kemalangan di sekitar Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
“Nahas pertama berlaku di Kilometer (KM) 24, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kelulut, Marang malam kelmarin membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun berasal dari Batu Gajah, Perak.
“Mangsa kedua pula seorang lelaki berusia 29 tahun dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan yang terlibat dalam kemalangan akibat mengelak patung penyu di KM 270.1, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) berhampiran Perasing, Kemaman pada pukul 11 pagi semalam, ” katanya.
Mohd. Khairi berkata, nahas ketiga melibatkan seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ berusia 29 tahun dari Felda Seroja Jengka 18, Temerloh, Pahang di KM 379.5 LPT 2 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu pada pukul 5 petang semalam.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu Op Motosikal Khas yang dilancarkan sempena Himpunan RXZ Members 6.0 turut mengeluarkan 89 notis kompaun atas pelbagai kesalahan trafik dalam kalangan penunggang motosikal berkenaan.
“Operasi itu memeriksa 89 motosikal dan 110 individu. Sebanyak 15 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan terbanyak direkodkan ialah mengubah suai ekzos tidak mengikut spesifikasi (24 kes), tiada cermin sisi (15 kes) dan aksesori tidak sempurna (10 kes),” katanya,” katanya.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

gempak
11/09/2024
04:25 MYT
Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Viral

Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut

gempak
09/09/2024
13:55 MYT
Mangsa yang dikenali sebagai Shivraj itu dikhabarkan telah cuba memasukkan ular tedung tersebut di dalam mulutnya.