,
Hollywood

Tiga Konsert Taylor Swift Batal Selepas Terima Ancaman Serangan

Gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Penganjur tiga konsert Taylor Swift di Vienna minggu ini umum membatalkan persembahan itu sepas pihak berkuasa mengumumkan penangkapan individu yang merancang melancarkan serangan di Vienna.

Terima Ancaman Serangan

Menurut laporan Astro Awani, Swift dijadualkan beraksi di Stadium Ernst Happel ibu negara Austria pada hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu sebagai sebahagian daripada konsert jelajahnya.

Penganjur acara, Barracuda Music dalam hantaran di Instagramnya pada Rabu memaklumkan, pihaknya tiada pilihan selain membatalkan tiga pertunjukan yang dijadualkan atas faktor keselamatan.

Awal Rabu, pihak berkuasa Austria mendedahkan telah menahan dua suspek ekstremis, salah seorang daripadanya didakwa merancang serangan ke atas acara di kawasan Vienna seperti konsert yang akan datang.

Suspek utama berusia 19 tahun itu ditahan di Ternitz, selatan Vienna sementara suspek kedua di ibu negara Austria itu.

Pengarah Keselamatan Awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf berkata, pihak berkuasa menyedari "tindakan persediaan" untuk kemungkinan serangan "dan juga bahawa wujudnya sasaran oleh pelaku berusia 19 tahun terhadap konsert Taylor Swift di Vienna," lapor Agensi Akhbar Austria.

Ruf berkata, lelaki berusia 19 tahun itu telah mengangkat sumpah taat setia kepada kumpulan militan.

Warga Austria itu juga dipercayai telah menjadi radikal di internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Ceroboh Lapangan Terbang, Dua Wanita Ditahan Conteng ‘Jet Peribadi Taylor Swift’

ARTIKEL BERKAITAN: “Speak Now, Taylor” - Peminat Gesa Taylor Swift Buka Mulut Mengenai Palestin Menerusi Surat Terbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Anggota Boyzone Tuduh Taylor Swift Buat Ritual Puja Syaitan Dalam Konsert

Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.