HIBURAN
Tidak Guna Jalan ‘Shortcut’ Untuk Kurus, Nadeera Zaini Hanya Amalkan Diet Yang Sihat - “Saya Tak Buat Pembedahan Ataupun…”
Dilihat semakin kurus daripada sebelum ini, Nadeera Zaini menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan ataupun mengambil ubat untuk menurunkan berat badan dengan mudah dan segera.
Amal diet sihat
Menurut Nadeera atau nama sebenarnya, Farah Nadeera Zaini, dia hanya mengamalkan diet yang sihat iaitu dengan mengurangkan pengambilan makanan bergula.
ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi Santai Lagu Yank, Netizen Bidas Komen Perbandingan Nadeera Zaini & Shabrina Indonesian Idol - " Ini Competition Ke Bang..."
ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Lagu ‘Meriah Lain Macam’ Meledak, Nadeera Zaini Anggap Rezeki Terindah Tahun Ini
ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini Syukur Lagu ‘Meriah Lain Macam’ Meledak, Anggap Rezeki Terindah Tahun Ini - “Ini Adalah Satu Kesempatan Yang…”
Nadeera menegaskan tiada jalan singkat yang diambil untuk mencapai beratnya sekarang iaitu 42 kilogram (kg).
“Sudah tentu saya tahu orang ada kata saya makin mengecil, sekarang juga kita semua baru lepas berpuasa. Tapi tidak itu saja, sebenarnya sudah berapa bulan saya cuba mengurangkan berat badan dan saya boleh katakan saya diet dan tidak mengambil gula untuk beberapa bulan.
“Saya rasa tidaklah berapa drastik sebab nak turunkan berat badan ini mengambil masa yang lama juga bagi saya. Ia sekitar enam hingga lapan bulan untuk saya menurunkan berat badan saya dari 52 kg sampailah ke berat badan saya sekarang iaitu sekitar 42 kg.
“Saya amalkan tidak mengambil gula. Saya tak buat pembedahan atau ambil ubat kurus. Janganlah buat benda macam itu, baiklah kita menjaga kesihatan dan makan secara sihat,” katanya kepada Gempak.
Nadeera ditemui ketika majlis rumah terbuka Hael Husaini & Nadeera X Huge House Entertainment yang diadakan di Glam Hall, Petaling Jaya pada Rabu.
Lebih yakin
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Lagi Kita ini mengakui dia kini lebih berasa yakin selepas mendapat berat badan yang ideal.
“Bukan saja bertenaga tapi kita lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Macam saya, sering dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini, tapi sekarang ini Alhamdulillah saya lebih berkeyakinan dan dari segi nyanyian pun lebih senang untuk saya mengambil nafas dan sebagainya.
“Saya pun mahu menjaga kesihatan sebab saya rendah, bila badan saya besar tak bagus untuk kesihatan,” ujarnya.
Kawal pernafasan
Sementara itu, Nadeera mendedahkan dia mula menyedari mengenai berat badannya ketika membuat rakaman untuk lagunya dan mengalami kesukaran mengawal pernafasan dalam nyanyian.
“Satu hari saya ada rakaman untuk single saya, dan saya perasan pernafasan saya dalam nyanyian itu tidak sampai, orang kata macam mengah.
“Jadi, saya fikir tak boleh jadi, sebab itu saya mahu menurunkan berat badan. Kalau bab menyindir, saya tak ambil pusing pun,” katanya.
Must-Watch Video