,
Hiburan

Tidak Cukup Dengan Akaun Sendiri, Kini Akaun Instagram Isteri Ali Puteh Pula Digodam

Badrul Hashim
25/02/2020
01:11 MYT
Kelmarin, pelakon dan pelawak Ali Puteh berkongsi tentang akaun Instagramnya yang telah digodam. Ini kali kedua akaun miliknya digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Baca: Akaun Instagram Kena Hack, Ali Puteh Terima Ujian Allah
Lebih memeritkan, kali ini Instagram milik isterinya, Melati Fitri Abdullah pula menjadi mangsa. Malah, Melati turut menjadi mangsa kecaman netizen yang tidak bertanggungjawab.
Baca: Lepas Maki Isteri Ali, Pemilik Akaun Hilang Dari Radar!
Pada satu entri di Instagram baharu milik Ali Puteh, dia berkongsi maklumat tentang Instagram isterinya yang turut dicuri.

Dengki khianat org pada kami.. alhamdulillah

A post shared by syed ali mubarrak aljuffrey (@aliputehofficial) on

"Dengki khianat orang pada kami, Alhamdulillah," tulis Ali.
Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkahwin dengan Melati Fitri Abdullah pada tahun 2016.
Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, namun cahaya mata kedua mereka meninggal dunia November tahun lalu selepas tiga bulan dilahirkan akibat masalah jantung.
Ketika ini, Melati dikhabarkan sedang mengandung anak ketiga mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

gempak
13/09/2024
13:55 MYT
Kembali ke pentas komedi, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 tiada tekanan seperti sebelum ini.
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

gempak
21/02/2024
09:40 MYT
Ouh itu sebabnya...
Hiburan

Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

gempak
21/02/2024
04:30 MYT
Alamak adik pula tiba-tiba masuk campur.
Hiburan

Didakwa Guna Duit Orang Buat Berniaga, Ali Puteh Ajak Wanita Buat Fitnah Bersemuka! - “Jumpa Atau Saya Buat Laporan Polis”

gempak
29/01/2024
07:55 MYT
Ali Puteh ajak bersemuka.