,
Laman Utama

“Tiba-Tiba Mood Rasa Lain Macam” - Izara Aishah Kongsi Kisah Hamil Anak Kedua

Mya Amri
09/09/2023
00:55 MYT
Pelakon Izara Aishah mengesahkan dirinya sedang sarat hamil anak kedua dan bakal bersalin bulan hadapan.
Menurut Izara, 30, dia tidak berniat untuk menyembunyikan berita baik itu dan rakan-rakan terdekat juga sudah pun tahu sebelum ini.
Namun mereka menghormati situasinya ketika itu.
“Sebenarnya hantaran yang saya buat baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk memaklumkan hal tersebut (kehamilan) kepada umum.
“Cuma fizikal sebagai ibu hamil itu kian ketara dan ada juga yang bertanya. Jadi secara kebetulan saya menghadiri sebuah majlis dan berkongsi momen ketika berada di sana.
“Sebelum ini pun kalau ada yang tanya, saya jawab. Insya-Allah kalau diikutkan, saya bakal bersalin sama ada hujung bulan ini atau awal bulan hadapan,” katanya.
Pengasas jenama IzaraWorld ini turut menjelaskan, dia hanya mengetahui berita gembira itu selepas beberapa bulan.
“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam.
“Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.
“Pada fasa ini, saya akui pergerakan agak terbatas. Malah sukar juga untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” katanya lagi.
Ditanya mengenai jantina anak, pelakon filem J Revolusi ini berserah kepada rezeki.
“Saya dan suami tidak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki, kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.
“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” ujarnya.
Terdahulu, perkongsian Izara di Instagram ketika menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia yang jelas memperlihatkan baby bump menjadi perhatian netizen.
Untuk info, Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, Izara dan Adib memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar