,
Laman Utama

Tiara Jacquelina Kenang 32 Tahun Persahabatan Bersama Christine Hakim

Asraf Aided
22/11/2020
03:35 MYT
Aktres dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina mengenang persahabatan bersama legenda layar perak Indonesia, Christine Hakim yang terjalin selama 32 tahun.
Tiara berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Tiara, beliau mula bergandingan bersama Christine dalam sebuah filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia berjudul Irisan-Irisan Hati pada tahun 1988.
Kemudian, ketika Tiara menerbitkan filem epik zaman berzaman, Puteri Gunung Ledang (PGL), Christine menerima tawaran untuk berlakon sebagai 'Bayan' dengan hati yang terbuka.
"32 tahun lalu, remaja yang masih baru ini (dirinya) telah berlakon dalam filem kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia, Irisan-Irisan Hati bersama dua legenda layar perak Indonesia iaitu Christine Hakim dan Deddy Mizwar.
"Selepas beberapa lama, apabila Christine mendengar saya menerbitkan filem pertama (PGL), beliau berkata ya dengan baik sekali ketika saya bertanya adakah dia mahu memainkan watak Bayan.
"Banyak sebab mengapa orang menggelar wanita ini sebagai seorang legenda. I love You Mbak Chris, ini untuk persahabatan kita, selamanya," tulis Tiara sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Tiara meninggalkan respon positif dan memuji bakat serta hasil kerja dua figura terkenal itu.
Selain Tiara dan Christine, PGL arahan Saw Teong Hin yang menemui penonton pada tahun 2004 itu turut dibintangi oleh Datuk M Nasir, Sofea Jane, Datuk Rahim Razali, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.
Meskipun sudah menelan masa 16 tahun, filem ini masih menjadi kegemaran ramai yang tidak jemu menontonnya sehingga hari ini.
Kepada anda yang merindui PGL, jangan lepaskan peluang menyaksikan tayangan filem ini menerusi platform EnfinitiV.asia bermula 13 November lalu dan berakhir hari ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

gempak
11/05/2024
03:55 MYT
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.   Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Laman Utama

Ekstravaganza Muzikal, Astro Showcase Meriah, Dapat Sentuhan Magis Daripada Tiara Jacquelina

gempak
21/07/2023
13:24 MYT
Memang sangat meriah!
Laman Utama

Dream Forest Bawa Pengunjung Nikmati Keindahan Hutan Teknologi Yang Penuh Kisah Lagenda Langkawi

gempak
28/02/2023
12:00 MYT
Menakjubkan
Laman Utama

Warm Up Sebelum World Cup! Jom Layan OlaBola 'I Cover You' 2022 Versi 90 Minit - "Ini Versi Roller-Coaster ..."

gempak
07/10/2022
06:50 MYT
OlaBola 'I Cover You' di Menara Ken TTDI bermula 9 November 2022!
Laman Utama

Umie Aida Dedah Rahsia Awet Muda Christine Hakim - “Sebelum Subuh Ibu Amalkan Baca Surah Yasin”

gempak
18/07/2022
12:50 MYT
Rahsia awet muda paling mudah