Viral

Tiada Tabung Mangsa Banjir, Khairul Aming Kongsi Lokasi ‘Drop Off’ Barang Derma - “Pinn Yang Dah Share Sumbangan Yang Sangat Besar”

gempak
Asyikin Mayudin
30/11/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Tabung Mangsa Banjir, Khairul Aming Kongsi Lokasi ‘Drop Off’ Barang Derma - “Pinn Yang Dah Share Sumbangan Yang Sangat Besar”
Pempengaruh, Khairul Aming memohon maaf kerana tidak membuka tabung derma untuk mangsa banjir di pantai timur disebabkan ia memerlukan permit selain bimbang jika terlepas pandang amanah duit orang lain.

Sumbangan dari Pinn Yang

Boleh menderma dari segi barang keperluan, Khairul Aming atau KA turut berkata buat masa ini pihaknya akan menggunakan wang sumbangan daripada pempengaruh Pinn Yang.

ARTIKEL BERKAITAN: ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN Anjur Solat Hajat & Doa Selamat Untuk Pantai Timur

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Kata Banjir, Saya Kata Musim Tengkujuh” - Exco Kelantan

“Ramai yang minta nombor akaun untuk menderma. KA minta maaf tak boleh buka tabung derma sebab kena ada permit dan kitaorang risau terlepas pandang amanah duit orang nanti.

“Siapa yang ada barang yang nak derma, boleh drop off di tempat yang KA share sebelum ni. Dari segi financial jangan risau KA akan handle. Also @pinnyang dah share sumbangan yang sangat besar kat KA.

“Kita akan guna duit ni dahulu untuk mangsa-mangsa banjir. Terima kasih guys,” kongsi Khairul Aming di platform media sosialnya.

Barang bantuan

Pada perkongsian lain, Khairul Aming memaklumkan mana-mana pihak yang ingin memberi barang bantuan untuk mangsa banjir boleh menghantarnya ke lokasi yang disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Lupa Pada Kereta Yang Banyak Berjasa Tapi…” - Abang Viva Bakal Mulakan Misi Bantuan Banjir Tanpa Ditemani Viva

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Kian Memburuk, Sembilan Negeri Terjejas & Mangsa Meningkat Lebih 85,000

“Hari ni Sabtu 30 Nov kita buka lagi sekali collection untuk orang ramai hantar barang bantuan banjir. Boleh drop di Nasi Berlauk Sudin Kubis di Sri Cemerlang Kota Bharu.

“KA dan team akan ada kat sini 12 tengahari sehingga 4 petang. Hargai kalau boleh drop barang sebelum pukul 4 petang untuk kita susun pembahagian barang.

“Barang yang diperlukan: makanan dalam paket atau tin, pakaian dalam, sanitary pad, kain sarong, baju, roti, biskut, mee dan keperluan asas yang lain. Tolong jangan bawa masakan panas sebab risau basi,” katanya.

Mohon bantuan

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memohon bantuan daripada orang ramai dari segi pembungkusan makanan dan barangan.
“Anyone yang nak volunteer pack makanan dan barang boleh datang ke kedai sudin pukul 3.30 petang. Kereta 4x4 juga diperlukan untuk bawa barang ke PPS. Kita akan mula bertolak lepas asar ke PPS.

“Team Sudin akan sediakan makanan 1,000 pax esok dan Team kilang KA akan sediakan barang satu lori besar untuk esok. Cuma ada barang kita tak sempat nak beli sebab ada tempat yang sold out.

“I need help dari semua orang yang boleh tolong urgent. Terima kasih semua, terharu tengok support dari korang semua hari ni,” ujarnya lagi.
Banjir di seluruh negara kian memburuk, dengan bilangan mangsa di sembilan negeri kini mencecah 119,525 orang membabitkan 35,984 keluarga setakat pukul 6 pagi, Sabtu.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024