Berita
"Tiada Simptom Tapi Penat Sikit" - Shahril Hamdan Positif COVID-19 Selepas Balik Berkempen Di Sabah
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan menjadi pemimpin politik terbaharu yang disahkan terkena jangkitan COVID-19.
Perkara itu dikongsikan beliau sendiri melalui ciapan di akaun Twitternya, pada Rabu.
"Positif COVID-19. Tiada simptom yang ketara melainkan penat sedikit.
"Buat keputusan untuk ambil ujian semalam di Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga selepas kes melonjak naik, kerana saya terlibat berkempen di Sabah.
"Baru menerima panggilan dan akan dimasukkan ke hospital hari ini. Saya memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi orang-orang yang menjadi kontak rapat saya,” katanya.
Shahril telah berada di Sabah sejak beberapa hari lepas bagi menyertai Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).Covid+. No obvious symptoms melainkan penat sikit. Decided to test yesterday in KL for prudence after case spikes as I had been campaigning in Sabah. Just received call & will be taken in today. Am sorry for the inconvenience this will cause people who came into contact.— Shahril Hamdan (@ShahrilHamdan) September 23, 2020
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii telah disahkan menghidap COVID-19 dan sedang dirawat di hospital.
Beliau dilaporkan membantu jentera pilihan raya di Parlimen Sipitang, dan kesemua kontak rapatnya telah melalui ujian saringan.
Must-Watch Video