,
Laman Utama

“Tiada PKP Menyeluruh Selepas Ini, Rentas Negeri Pula Secara Berperingkat” - PM

Hanafis Haris
17/03/2021
10:44 MYT
Kerajaan mengumumkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh selepas ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bakal melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap ekonomi negara.
“Dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara ataupun sesuatu negeri,” katanya.
Menurut Muhyiddin, untuk rentas negeri pula kerajaan sedia membenarkan secara peringkat, malah mewujudkan special green lane bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara.
“Perlukan sedikit masa lagi,” katanya menerusi sidang media khas PEMERKASA sebentar tadi.
Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, orang ramai masih mengharapkan supaya merentas negeri dibenarkan.
Rata-rata mereka berharap isu rentas negeri diberi layanan sama rata dan tiada soal pilih kasih membabitkan jawatan tertinggi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

gempak
06/08/2024
04:55 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Hiburan

Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”

gempak
19/06/2024
05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.