,
Berita

"Tiada Komunikasi Antara Saya & Suami Selepas Dia Menghilangkan Diri" - Status Rumah Tangga Deja Moss Diketahui 11 Julai Ini

Rozaimi Zubaidi
23/05/2018
06:10 MYT
Status mengenai rumah tangga penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatan kuasa pendamai (JKP) mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Halimatumsa'diah Abu Ahmad yang mewakili Deja selaku defendan selepas prosiding dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Menurut Halimatunsa'diah, pihaknya memohon satu laporan JKP bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menjalankan proses pendamaian sebelum apa-apa keputusan berkaitan penceraian dibuat.
Dalam prosiding itu, Azfendy, 39, selaku plaintif tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata dia bersetuju dengan JKP selepas menerima nasihat daripada peguamnya kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan antara kedua-dua belah pihak.
"Saya bersetuju dengan JKP Ini kerana tiada komunikasi antara saya dan suami selepas dia menghilangkan diri.
“Namun apa yang lebih mengejutkan, apabila saya menerima surat saman (permohonan penceraian) dan sudah tentu ia sesuatu yang sukar kerana berlaku tanpa pengetahuan.
“Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan diselesaikan antara kami berdua,” katanya.
Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja.
Deja turut hadir bersama Halimatunsa’diah dan rakan baiknya, Dr Azuridah kira-kira pukul 8.50 pagi.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak.
Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Malah, Deja juga mendedahkan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.