,
Berita

"Tiada Kesalan Tolak Tawaran ke Oxford" - Syed Saddiq

Kamaruddin Razal
17/05/2018
14:25 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, menganggap keputusannya mengorbankan tawaran pengajian ke Universiti Oxford sebagai berbaloi, apabila Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 minggu lalu.
Biarpun mengakui tawaran ke Oxford itu sebagai peluang keemasan, beliau berpendapat buat masa ini, bakti dan sumbangannya buat negara lebih diperlukan.
"Mungkin satu hari nanti saya akan kembali fikirkan untuk sambung belajar. Tapi, buat masa sekarang saya ada tugas yang perlu dilaksanakan.
"Ini masa yang penting bagi Malaysia. Suara orang muda memainkan peranan yang sangat besar dalam keputusan PRU14, dan sebagai salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu (PPBM), saya mahu memastikan suara anak muda tidak terabai dan aspirasi mereka diambil perhatian," tegasnya.
Disebut sebagai pengganti Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bagaimanapun enggan memikirkan hal jawatan dalam Kabinet, sebaliknya mahu memfokuskan kepada tugas yang digalasnya kini, iaitu Ahli Parlimen Muar yang sekaligus menjadi wakil generasi muda.
"Siapa pun yang dipilih nanti, individu itu tentunya orang yang paling layak untuk memegang jawatan berkenaan. Keputusannya pasti akan dibincang bersama.
"Tetapi di pihak saya, dipilih atau tidak, bukan isunya kerana sebagai Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada PPBM, banyak yang boleh saya sumbangkan sekalipun tiada jawatan dalam Kabinet," katanya.
Paling utama, lulusan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini mahu melihat kuasa rakyat dikembalikan.
"Saya harap semua pimpinan parti tidak lalai dengan kemenangan ini. Barisan Nasional yang berkuasa selama lebih 60 tahun juga boleh ditumbangkan.
"Salah satu visi saya ialah Malaysia menjadi sebuah negara di mana pemimpin politik takut kepada rakyat kerana hakikatnya, kita berkhidmat untuk mereka," katanya.
Sumber: Astro Awani Foto: Instagram Saddiq
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Viral

"Lagi 80KM, Paling Mencabar Dah Tak Rasa Kaki" - Syed Saddiq

gempak
30/06/2024
05:40 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.
Viral

Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!

gempak
29/06/2024
04:25 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan yang dia telah berjaya meraih RM55,000 menerusi misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer (km) yang dimulakan semalam.
Viral

Syed Saddiq Dedah Sebab Takut Nak Bercinta Di Zaman Sekolah

gempak
02/06/2024
23:55 MYT
Ini sebab kenapa Syed Saddiq takut nak bercinta ketika masih di bangku sekolah