gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
BTS Umum Comeback Album Penuh, Konsert Jelajah Tahun Depan
BERITA
Astro AWANI Terima Pengiktirafan Sebagai Jenama Berita Malaysia Paling Dipercayai 2025
HIBURAN
Gitaris Ditahan Belasah Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tiada Istilah Lebih Popular Dari Juara ‘Hero Dewi Remaja 2023’, Evertts Gomes Syukur Drama Lakonannya Beri Impak - “Saya Tidak Takut Dengan…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
15/02/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Istilah Lebih Popular Dari Juara ‘Hero Dewi Remaja 2023’, Evertts Gomes Syukur Drama Lakonannya Beri Impak - “Saya Tidak Takut Dengan…”
Pelakon, Evertts Gomes menolak kenyataan bahawa dia lebih dikenali di dalam industri berbanding rakan seperjuangannya yang juga juara Hero Dewi 2023, Aiman Ameer.
Jelas pelakon Curang Tanpa Niat itu, dia dan Ameer sama-sama bekerja keras untuk menunjukkan kepada industri bahawa mereka mempunyai bakat yang boleh dijual.
“Apa yang saya boleh cakap ia adalah rezeki daripada tuhan. Saya yakin Ameer bekerja keras untuk mendapatkan tempatnya dalam industri. Saya juga bekerja keras untuk menunjukkan bahawa batch kami ini dikenali.
“Tapi macam saya cakap tadi apa-apa pun ia bergantung kepada rezeki,” ujar Evertts.
Pada masa sama, Evertts juga bersetuju bahawa impak dari drama yang dibintanginya membantu untuk menaikkan namanya.
Bagaimanapun, bagi Evertts dia harus fokus memberikan yang terbaik untuk mencuri hati penonton atau peminat yang menonton lakonannya.
“Saya sentisa bersedia sebenarnya, keluar daripada program Hero Dewi saya sudah menerima tawaran untuk drama Hero Cinderella 2, selepas itu Dari Mata Turun Ke Hati bersama Mierul Aiman keduanya-duanya menerima sambutan.
“Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Curang Tanpa Niat juga memberi impak yang besar dalam hidup saya, seperti yang saya beritahu saya sentisa bersedia dan saya tidak takut dengan impak yang saya dapat dari lakonan saya tapi apa yang penting bagi saya adalah bagaimana saya dapat mencuri hati penonton yang menonton drama lakonan saya,” katanya.
Sekadar info, Evertts Gomes merupakan finalis Hero Dewi 2023 bersama-sama Aiman Ameer, Jaysong, Arabella Fitri Farouk dan Nurel Baharin.
Selepas tamat program realiti tersebut, wajah Evertts mula menghiasi drama TV antaranya Dari Mata Turun Ke Hati, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Curang Tanpa Niat.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Drama
#Hero Remaja
#Aiman Ameer
#Evertts Gomes
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement