HIBURAN
“Tiada Istilah Kawan Baik, Hanya Kenalan Biasa” - Nur Shahida
Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menafikan pernah berkawan rapat dengan pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam.
Menurut Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid, hubungannya dengan Rebecca selama ini hanyalah sekadar kenalan dan tidak pernah sampai ke tahap kawan baik seperti yang didakwa.
“Sebenarnya kita berkawan dengan semua orang, tapi tak bermakna kita jumpa di majlis kita rapat. Saya jemput banyak orang setiap kali saya buat event.
“Tapi tidak pernah berkawan rapat, tapi bila keluar kenyataan berkawan baik.. Itu tak betul, sebab kalau kawan rapat ini dia akan telefon, datang rumah setiap hari, ada semasa susah senang tapi itu tiada. Jadi tiada istilah kawan baik, hanya kenalan biasa,” katanya.
Pada masa sama, Shahida turut memaklumkan sebarang kunjungan aktres itu ke rumah atau berlaku pertemuan antara mereka sebelum ini juga hanyalah atas urusan kerja.
“Selalunya kalau pernah nampak mereka datang ke rumah itu mereka datang atas urusan kerja bukan sebagai kawan, ia semua atas urusan kerja tiada istilah kawan baik,” tambah Shahida.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila seorang pengguna media sosial meninggalkan komen bahawa Aliff Syukri kelihatan ‘tenang’ apabila tercetus isu melibatkan keluarganya dengan Rebecca kerana didakwa dia dan aktres itu berkawan sejak era peragaan model dahulu.
Bagaimanapun, Shahida ymenolak dakwaan kononnya suaminya itu berkawan baik dengan Rebecca selain menyifatkannya sebagai cerita tidak berasas.
Dalam satu temu bual bersama Gempak, kakak kepada Rebecca iaitu Farra Ahmad menyatakan bahawa adiknya merupakan seorang individu yang banyak memberikan sokongan terhadap perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida yang dikenali sejak zaman adiknya aktif sebagai model.
Must-Watch Video