,
Laman Utama

“Tiada DNA Babi Dalam Mee Kari! Jangan Kongsi Benda Tak Sahih!” – KPDNHEP

Fiza Kamarudin
25/11/2020
12:30 MYT
Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri (KPDNHEP) mengesahkan tiada DNA babi di dalam sampel mee kari seperti yang didakwa menerusi sebuah video tular baru-baru ini.
Sebaliknya kajian menerusi sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mendapati hanya unsur DNA ayam yang terdapat di dalam mee kari tersebut.
KPDNHEP berkata, susulan itu pihak restoran yang disiasat tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.
KPDNHEP menerusi sebuah kenyataan turut menyeru kepada orang ramai agar bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan berita atau isu yang tidak sahih di laman sosial kerana boleh mnedatangkan kesan negatif kepada pihak lain.
Sebelum itu, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang dimuat naik oleh netizen mendakwa terdapat daging babi di dalam mee kari di sebuah restoran terkenal.
[[BACA: Restoran Terkenal Subang Jaya Didakwa Hidang Mi Kari Dengan Daging Babi?]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tindakan Tegas Bakal Diambil Terhadap Penjualan Peranti Penstriman Yang Mengandungi Karya Hak Cipta

gempak
22/10/2022
11:50 MYT
Sama-sama kita banteras cetak rompak
Laman Utama

Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan? Anda Berhak Tuntut Pampasan - KPDNHEP

gempak
12/05/2022
11:50 MYT
Ini apa yang anda perlu buat jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan
Laman Utama

Louis Vuitton Boleh Beroperasi Untuk Penghantaran - KPDNHEP

gempak
12/06/2021
02:20 MYT
KPDNHEP sendiri dah jelaskan...
Laman Utama

Tak Berkesempatan Ziarah Kubur, Balu Abam Sedekah Makanan Untuk Pelanggan Kedai & Pelajar Maahad Tahfiz

gempak
11/02/2021
04:17 MYT
Saya akan menyambung serba sedikit amalan yang arwah suami saya ajar.
Laman Utama

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Serbu Premis Jual Kosmetik Tiruan Di Kangar!

gempak
19/11/2020
00:15 MYT
Bagus tindakan Aeril & Wawa ni! Penyangak memang tak boleh dibiarkan.