Hiburan

Tiada Caravan, Bersolek Di Tepi Jalan, Sharifah Shahora Kongsi Sebalik Tabir Dunia Lakonan - “Kita Tiada Tempat Mewah-Mewah”

gempak
Asyraf Roslan
08/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Caravan, Bersolek Di Tepi Jalan, Sharifah Shahora Kongsi Sebalik Tabir Dunia Lakonan - “Kita Tiada Tempat Mewah-Mewah”
Pelakon, Sharifah Shahora memberitahu bahawa dunia lakonan bukanlah satu dunia yang penuh glamor sepanjang masa.
Menurut pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu antara realiti yang harus dihadapi sebagai pelakon adalah tiada tempat khusus untuk bersiap sebelum memulakan pengambaran.
“Saya makeup dekat tepi jalan, menjadi pelakon di Malaysia kita tak ada caravan kecuali kita sewa sendiri.
“Kita tiada tempat mewah-mewah untuk kita nak bersiap, jadi anda semua jangan rasa kehidupan pelakon ini nak best sahaja sepanjang masa.
“Kita kena sedar diri sebab kita pelakon Malaysia, kita berada di tempat makan sahaja untuk kita bersiap. Jangan feeling,” katanya.
Pada masa sama, Sharifah turut memberitahu kepada bakat baharu yang mahu menjadi pelakon seharusnya melalui suasana sebegitu kerana ia akan menjadi satu kenangan buat mereka.
“Siapa nak jadi pelakon kena lalui suasana begini.
“Jangan fikir yang indah indah jer. Semua ni akan jadi kenangan. Yang penting ukhwah,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan-rakan selebriti bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Sharifah Shahora.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024