,
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

Gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.

Masih bersama dengan suami

Heliza atau nama sebenar, Nur Heliza Helmi, 38, berkata, hubungannya dengan suami dalam keadaan baik dan masih menjalani kehidupan bersama.

"Saya terkejut apabila mengetahui hal ini. Persoalan pertama adalah dari mana datangnya dakwaan ini.

"Kedua, individu yang menyebarkan berita ini. Dia dengar dari mana dan siapa orang itu kerana sebelum saya menjawab persoalan sebegini, saya perlu tahu puncanya.

"Macam mana saya nak jawab perkara sebegini kerana mungkin direka atau apa tujuannya. Tetapi, apa yang boleh saya katakan dia (suami) ada bersama dengan saya untuk program hari ini," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Kurang muat naik foto dengan suami

Menurut Heliza, dia bagaimanapun sedar mungkin kurang memuat naik foto bersama di Instagram (IG) membuatkan spekulasi itu timbul.
"Masyarakat sekarang ini ada banyak masa jadi mereka akan tolong fikir mengenai hal masyarakat (orang) lain. Saya buat itu (tidak berkongsi gambar) bukan sebab tertentu atau sesiapa.

"Tetapi disebabkan diam itu lebih baik. Jadi, apabila saya rujuk kepada guru (ulama), memang ada kebaikannya apabila berdiam. Saya yakin dan percaya anda semua suka melihat perkara yang baik.

"Tetapi, saya rasa perkara ini (rumah tangga bermasalah) tidak wujud pun. Saya harap kalian boleh doakan yang baik-baik untuk saya. Tiada apa pun yang berlaku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Akad Nikah Dengan Hazwani Helmi, Peminat Hampir Percaya Hariz Hamdan Kahwin - “Bukan Nak Raih Perhatian Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Syarikat Milik Suami Heliza Disahkan Tiada Lesen Aktiviti Pelaburan

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Heliza Helmi Sedia Beri Kerjasama, Akui Konsisten Patuh Piawaian Badan Kawal Selia! - "Saya Akan Usaha Selesaikan Isu Ini"

ARTIKEL BERKAITAN:Comelnya! Suami Beri Kejutan Hari Jadi, Siap Tempah Papan Iklan Ada Wajah Heliza - “Sanah Helwah Zaujah Ku”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tidak Tahu Apa Motif Sebenar Dia” - Heliza Helmi & Suami Maafkan Fathia

Terdahulu, hubungan Heliza dan Mahadi didakwa dilanda badai apabila penyanyi itu dikatakan sudah tidak memuat naik gambar bersama suami dalam media sosial.
Sebaliknya, Heliza lebih kerap berkongsi gambar dan video melakukan pelbagai aktiviti dengan adiknya, Hazwani Helmi.
Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”

gempak
30/10/2024
04:50 MYT
Penerbit dan pengarah legenda, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumah tangga.
Hiburan

Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

gempak
29/10/2024
06:50 MYT
Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.
Hiburan

Sering Hiburkan Peminat Di Live TikTok, Netizen Kagum Que Haidar Bijak Tutup Masalah Rumah Tangga - “Sedih Sangat Tak Sangka Dia...”

gempak
28/10/2024
12:25 MYT
Berita perceraian pelakon dan pengarah Que Haidar bersama bekas isteri Linda Jasmine baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
Hiburan

“Saya Suka Berfikir, Scha Pula Lebih Kepada Selesaikan Masalah Secara Bersemuka” - Ini Cara Awal & Scha Pujuk Pasangan

gempak
22/10/2024
21:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan isterinya, aktres, Scha Alyahya mempunyai cara tersendiri untuk memujuk pasangan masing-masing sekiranya berlaku perselisihan faham.
Hiburan

Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

gempak
21/10/2024
15:00 MYT
Menurut Dewi, sekiranya boleh dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini.
Unitar