,
Hiburan

Throwback Gambar Kahwin, Sharifah Shahirah Dimaki Peminat Fattzura

Kamaruddin Razal
01/03/2018
01:23 MYT
Gara-gara memuat naik foto kenangan majlis perkahwinannya, pelawak Sharifah Shahirah atau Shiera, 44, dimaki oleh peminat fanatik pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura.
Tindakan Shiera memuat naik gambar perkahwinannya bersama dikecam oleh seorang peminat Fattzura yang menggunakan 'username' @mirhana_55.
Peminat yang menggunakan foto Fattzura sebagai 'profile picture' itu mendakwa Shiera tidak menerima jemputan ke majlis persandingan Fattzura sehingga terpaksa berkongsi foto-foto lama perkahwinannya bersama Ijoy Azhari.
"Oooo macamni ye peminat Fazura dan Fattah. Saya bukan minta simpati. Tapi nak share... Peminat ni.
"Tak pasal pasal aku kena maki sebab throwback gambar kahwin. Sayangnya anak anak sekarang. Memang sure korang cakap jangan layan.
"Tapi nak bagi tau Allah boleh tarik apa yang kita ada bila- bila... Jangan benci kami sangat. Ada cara lain bila menaip. Tiba-tiba PM tepi... Waa dapat perhatian adik ni. Sabar ya dik.
"Cuba baca selak sebelah. Dia kata tak hina saya... Tu dia tulis tak hina... Tapi menganjing rasanya. Tiba-tiba wedding lapuk tu tak hina ye.
"Oooooo orang sekarang. Fanatik betul ek... Sampai hina orang lain tak ada kena mengena. Aku tak buat apa pun dengan dia @mirhana_55.
"Siapa peminat Fazura dan Fattah mungkin tak semua macam ni tapi Fattah dan Fazura kalau ada party dengan fan tolong nasihat sikit... Yang beriya ni," luah Shiera.

Oooo macamni ye peminat fazura dan fattah Saya bukan mintak simpati Tapi nak share..peminat ni Tak pasal pasal aku kena maki sbb throwback gambar kawin Sayangnya anak anak sekarang Memang sure korang ckp jgn layan Tapi nak bagi tau Allah boleh tarik apa yg kita ada Bila bila... Jangan benci kami sangat Ada cara lain bila menaip Tetiba pm tepi...waa dapat perhatian adik ni Sabar yek .dik Cer baca selak sebelah Dia kata tak hina saya... Tu dia tulis tak hina ..tapi menganjing rasanya Tetiba Wedding lapuk tu tak hina ye Oooooo org sekarang Fanatik betul ekkk... Sampai hina org lain takde kena mengena Aku tak buat apa pun Dgn dia @mirhana_55 Sapa peminat fazura fattah mungkin taksemua mcam ni tapi fattah dan fazura kalau ada party dgn fan tolong Nasihat skit...yg beriya...ni

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Di ruangan komen, rata-rata peminat memohon agar Shiera dapat bersabar dengan ragam segelintir peminat fanatik.
Peminat juga berharap agar Shiera tidak mempedulikan komen negatif segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ada juga netizen mendakwa @mirhana_55 sebagai seorang 'haters' yang menggunakan nama Fattzura untuk memburukkan reputasi pasangan tersebut.
Shiera berkongsi gambar perkahwinannya dengan Ijoy menerusi 12 entri di laman Instagram miliknya, @shieraijoy.
Foto-foto tersebut dimuat naik bersempena ulang tahun ke-15 perkahwinan Shiera dan Ijoy.
Bernikah pada 28 Februari 2003, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9, dan Adeena, 2.
Sebelum itu, Sheira turut memiliki seorang anak perempuan, Alissya, 19, hasil perkahwinan pertama dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Shiera & Che Ta
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.