,
Laman Utama

Tewas Di Tangan Perancis, Morocco Menang Di Hati Peminat Bola Sepak

Maliah Surip
15/12/2022
02:50 MYT
Perjuangan pasukan bola sepak Morocco atau Maghribi dalam mengejar piala dunia pertama mereka harus terhenti selepas tewas di tangan gergasi Perancis lewat pertarungan di fasa semi final Piala Dunia Qatar 2022.
Morocco tewas 2-0 pada perlawanan tersebut. Namun pasukan yang melakar sejarah menjadi wakil negara Afrika pertama yang masuk semifinal Piala Dunia, sudah pun menang di hati peminat bola sepak.
Masakan tidak, pasukan yang boleh disifatkan underdog ini dengan bergaya telah menumpaskan tim tim besar termasuk Belgium, Sepanyol dan Portugal untuk mara sejauh peringkat semi final.
Untuk itu, pasukan tersebut menuai banyak pujian dan kata kata semangat yang diberikan daripada figura terkenal sehingga peminat dari seluruh dunia.
Media sosial menjadi ‘sibuk’ dengan pelbagai ucap selamat dan apresiasi yang diberikan kepada Morocco, antaranya dari bintang Fabrizio Romano yang menyifatkan pasukan tersebut sebagai luar biasa kerana mencetak sejarah besar di Piala Dunia.
“Tahniah buat pasukan yang sangat luar biasa dan mencetak sejarah besar dalam Piala Dunia,” cuit Romano di Twitternya. Sementara itu, seorang wartawan terkenal, Dilan Sirwan mengucapkan terima kasih buat Morocco di atas ‘persembahan memukau’ dalam temasya empat tahun sekali itu.
“Morocco, terima kasih atas persembahan memukau, membuat kami jatuh cinta dengan gaya dan kualiti permainan dan bola sepak tidak ada yang sehebat ini,” cuitnya. Banyak peminat Morocco meski sedih dengan kekalahan tersebut, tetap berbangga. Apalagi saat melihat keseluruhan pasukan tersebut memberi penghormatan kepada mereka sejurus tamat perlawanan.
Morocco’s historic run comes to an end, but what a run it was ? pic.twitter.com/hRImgc2ZjM— B/R Football (@brfootball) December 14, 2022 Selain melakukan sujud, para pemain mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat kerana telah menyokong perjuangan mereka dan membenarkan Morocco mencipta sejarah dalam Piala Dunia.
Tersingkir dengan kekalahan 2-0, final Piala Dunia Qatar 2022 dijangka sengit lewat pertembungan dua pasuka gergasi bola sepak dunia iaitu Perancis menentang Argentina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Viral

Arif Aiman Ziarah Faisal Halim, Peminat Respek  - “Diluar Padang Mestilah Bersahabat”

gempak
28/08/2024
00:28 MYT
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meluangkan masa menziarahi tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim, baru-baru ini.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.