,
Laman Utama

Tewas 3-0 Dengan Vietnam, Kenapa Ryuji Sato Jadi Pengadil Paling Dibenci Rakyat Malaysia?

Maliah Surip
27/12/2022
20:45 MYT
Pertembungan pasukan negara, Malaysia dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan B bertemu Vietnam di Stadium Kebangsaan My Dinh, malam tadi berakhir dengan kontroversi.
Vietnam pulang selesa dengan menumpaskan Malaysia 3-0, namun kemenangan tersebut disifatkan sebagai berat sebelah oleh peminat bola sepak gara gara sikap ‘entah apa apa’ pengadl perlawanan Ryuji Sato.
Kontroversi meledak selepas Sato memberikan sepakan penalti dan kad merah pada minit ke-60 berikutan pelanggaran melibatkan Azam Azmi Murad dan Doan Van Hau.
Dan hasil penalti yang diberikan, Que Goc Hai memastikan Vietnam mendahului 2-0 ke atas skuad kendalian Kim Pan-gon tersebut.
Keputusan yang diambil Sato ternyata membuat netizen ‘naik hantu’ di media sosial dengan mendakwa pengadil tidak sepatutnya memberikan sepakan penalti.
Meninjau banyak ciapan di Twitter, rata rata penonton dan peminat bola sepak melampiaskan kemarahan terhadap Ryuji yang disifatkan seperti mempunyai dendam terhadap skuad kebangsaan, Harimau Malaya.
Selain meminta FIFA menyiasat sikap berat sebelah Ryuji sebagai seorang pengadil perlawanan, peminat sukan tersebut juga melahirkan kekecewaan selepas lelaki berusia 45 tahun itu ‘ditangkap’ memiihak kemenangan kepada Vietnam sehari sebelum perlawanan berlangsung.
Sato yang berasal dari Nagoya, Jepun itu dipercayai telah membuat ciapan berbunyi: “Good Luck. Vetnam wins! Don’t forget at 19.30 tomorrow 27/12 at My Dinh National Stadium. I love you, guys. (Semoga berjaya. Vietnam menang! Jangan lupa esok pukul 19.30 di Stadium Nasional My Dinh. Saya sayang kalian).
Meski banyak yang marah, namun ciapan tersebut tidak dipastikan asli atau sebaliknya datang dari Sato.
Stadium Arena juga melaporkan Ini bukanlah kali pertama pengadil tersebut menjadi dalang di sebalik kekalahan skuad negara, ia susulan tindakan Sato yang pernah mengadili perlawanan Piala Dunia Russia 2018 itu menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit di di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Unitar