,
Gaya Hidup

Tetamu Undi Jantina Bayi Dalam Beg Gucci, Meriahnya Majlis Baby Shower Chryseis Tan & SM Faliq SM Nasimuddin!

Azwa Rahman
15/06/2020
07:53 MYT
Pasangan ahli perniagaan SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis atau lebih dikenali sebagai Chrys berkongsi momen mendedahkan jantina anak mereka dalam majlis eksklusif yang diadakan di sebuah hotel lima bintang terkemuka.
“Ya, baby Chrys! 98% daripada ahli keluarga dan teman rapat meneka ia anak lelaki. Maaf kerana mengecewakan anda semua tapi mummy dan daddy tak sabar nak bertemu dengan bayi perempuan kami,” tulis Chrys menerusi ruangan kapsyen.
Pada majlis yang bertemakan warna pastel itu, ahli keluarga diminta untuk meneka jantina dengan memasukkan undian ke dalam dua buah beg berjenama Gucci iaitu beg baby blue untuk baby Faliq (bayi lelaki) dan beg baby pink untuk baby Chrys (bayi perempuan).
Chrys yang kini sarat 34 minggu dijangka bakal melahirkan anak sekitar awal bulan Julai nanti.
Hadir sama pada majlis penuh ceria itu adalah ibu bapa kedua pasangan ini iaitu Puan Sri Zaleha Ismail serta Tan Sri Vincent dan Puan Sri Esther Tan.
Turut kelihatan adik-beradik Faliq dan Chrys yang memeriahkan majlis baby shower tersebut sebagai tanda kegembiraan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut tidak sabar menanti kelahiran bayi perempuan pasangan dua sejoli ini.
Sekadar info, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 di The Chateau, Bukit Tinggi, Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kongsi Foto Percutian Di Pulau Redang, Netizen Persoal Chryseis Tan - “Tak Nampak Macam Throwback”

gempak
28/06/2021
07:45 MYT
Seronoknya dapat mandi laut!
Laman Utama

“Tak Nampak Macam Baru Lepas Bersalin” - Pusing Melaka, Penampilan Kurus Chryseis Tan Tarik Perhatian

gempak
03/09/2020
04:49 MYT
Super slim!
Laman Utama

“Tak Rasa Sakit Langsung” - Bersalin Secara Pembedahan, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak

gempak
11/08/2020
10:12 MYT
Tahniah SM Faliq dan Chryseis Tan!
Berita

Wow, Cantiknya! Sangkakan Di Texas, Tengoklah Baby Shower Dayah Bakar Berlatarkan Jerami Padi

gempak
11/08/2020
06:41 MYT
Dayah Bakar menikmati pemandangan ala Texas di Sekinchan
Gaya Hidup

Tahniah.. SM Faliq & Chryseis Tan Umum Nama Bayi Perempuan, Sedap betul!

gempak
26/07/2020
05:03 MYT