,
Laman Utama

Teruk Tom Dikecam Lepas Kenyataan Clubbing Ketika 9 Bulan Hamil - "Ya Allah, Takutnya ..."

Asyikin Mayudin
06/11/2023
09:55 MYT
Gara-gara berkongsi mengenai kisah lalu pergi ke kelab malam ketika hamil anak lelaki, penyanyi Tom menerima kecaman daripada netizen di laman sosial.
Terkejut dengan kecaman tersebut, isteri kepada penyanyi Fuad Rahman ini tidak menjangka baik lelaki mahupun wanita sanggup meninggalkan komen cacian seperti itu.
“Ya Allah takutnya tengok komen-komen mereka caci maki. Baik lelaki, baik perempuan. Kita yang tak bertudung pun tak maki macam ini. Sumpah takut,” kata Tom.
Dalam pada itu, pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram turut berkongsi paparan skrin yang memperlihatkan komen-komen negatif daripada netizen di Instastory.
Sebelum ini, Tom memberitahu dirinya sangat penat serta pergerakannya terbatas sepanjang kehamilan anak pertama bersama Fuad.
Untuk rekod, Tom dan Fuad Rahman bernikah pasa 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Sebelum ini, Tom pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki manakala Fuad pula memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Tom kini sedang hamil cahaya mata perempuan dan usia kandungan sudah mencecah enam bulan.
BACA SINI: “Finally Dapat Jugak Merasa…” - Tom Menangis Sebak, Salah Satu Impian Terbesar Tom...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Menitik Juga Air Mata Ketika Dengar Hukuman..” - Da'i Fuad Minta Netizen Henti Kecam Isteri & Anak Da'i Syed

gempak
01/09/2024
07:55 MYT
Pendakwah bebas Dai Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Dai Syed yang dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan pada Jumaat lalu.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”

gempak
11/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Hiburan

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

gempak
25/04/2024
23:55 MYT
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Hiburan

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

gempak
25/04/2024
08:25 MYT
Fuad pula keluarkan kenyataan.