,
Hiburan

Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

Asyikin Mayudin
20/11/2024
03:54 MYT
Memilih untuk tidak berkongsi mengenai prosiding pengesahan rujuk yang berlangsung pada Rabu, pelakon Farid Kamil lebih teruja untuk pulang menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Nur Aurora yang kesembilan.
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, bagaimanapun enggan berkongsi lokasi sambutan hari lahir anaknya.
“Ada nampak ‘handsome’(kacak)? Sebenarnya, hari ini saya sangat bersyukur. Saya nak pergi ambil anak saya dari sekolah untuk menyambut hari lahirnya.
“Rahsia (sambutan hari jadi). Yang penting mestilah sambut tempat paling romantik,” katanya kepada Gempak.
Farid ditemui ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan pada Rabu.
Dalam pada, pelakon berusia 43 tahun ini turut memohon semua orang memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran untuk Aurora selain mendoakan yang baik-baik.
“Selamat hari jadi saya ucapkan dan mahu minta semua orang ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Nur Aurora Robe’ah.
“Semoga dia diberkati dan dirahmati Allah SWT. Dia nak hadiah paling mahal iaitu diri saya,” ujarnya.
Ditanya mengenai penampilan mengenakan songkok berlilit reben putih, pelakon filem Anwar The Untold Story itu enggan menjawab dengan jelas.
Dalam masa sama, Farid bersyukur urusan berjumpa anak-anak dipermudahkan memandangkan baru sahaja bertemu pada pagi tadi.
“Jumpa anak-anak tiada masalah. Kami dapat bertemu seperti biasa. Kali terakhir saya jumpa mereka pun hari ini.
“Aurora dan Muhammad, alhamdulillah mereka dalam keadaan baik-baik sahaja,” jelasnya.
Pada 4 November lalu, Akberdin berkata, Diana memfailkan cerai kerana tiada persefahaman dan shiqaq (perbalahan) berpanjangan.
Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan cerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran Instagramnya pada 28 Oktober lalu.
Bintang filem Imaginur itu turut memberi peringatan kepada Farid agar tidak memujuknya lagi selain jemu dengan janji yang tidak ditepati sebelum ini.
Farid bagaimanapun menegaskan dia masih menyayangi Diana dan anak-anak selain nekad mempertahankan rumah tangganya.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk sebulan kemudian.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

gempak
23/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Unitar