,
Laman Utama

Teruja Jumpa Cef Popular Gordon Ramsay, Telefon Siti Nurhaliza Buat Hal Waktu Bergambar; “Tiba-Tiba Hang…”

Shahrin Zulkifle
10/12/2022
00:00 MYT

Penyanyi tershohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi rasa teruja apabila berkesempatan bertemu dengan cef terkenal dunia, Gordon Ramsay baru-baru ini.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Siti memuat naik beberapa momen yang sempat dirakam bersama cef tersebut ketika menghadiri majlis perasmian di restoran milik Ramsay yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

“A night with Master Chef, Gordon Ramsay,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Ramsay yang juga tersenarai sebagai antara cef terbaik dunia itu hadir ke Malaysia bagi melawat restoran miliknya yang baharu sahaja dibuka pada Jun lalu sekali gus merasmikan pembukaan restoran berkenaan.

Pada majis berkenaan, Siti yang manis mengenakan blouse longgar berwarna kuning turut ditemani suami, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa.

Bagaimanapun, apa yang mencuit hati adalah apabila Siti memaklumkan telefon bimbitnya ketika itu mengalami masalah (hang) sehingga hasil foto yang diambil bersama Ramsay seakan kabur.

“Tiba-tiba phone saya hang, jadi inilah sajalah gambar kenangan yang ada,” tambahnya lagi.

Menjengah je ruangan balas, segelintir netizen terhibur dengan perkongsian pelantun lagu Wajah Kekasih itu.

“Time-time tu la nak buat hal kan, sebelum jumpa Ramsay ok je hahah,” kongsi seorang wargamaya.

“Saya rasa phone Datuk starstruck (tergamam) bila nampak Ramsay, haha” kata seorang warganet.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.