,
Laman Utama

Tertengok Video Gali Kubur, Neelofa Ingat Mati - "Mungkin Saya Yang Ada Dalam Liang Lahad Tu"

Izwan Isa
10/11/2022
22:50 MYT

Mati itu pasti dan beringat tentang kematian juga merupakan satu hal perlu, khususnya dalam kalangan umat Islam.

Bagi usahawan dan pengacara Neelofa, sentiasa mengingati kematian merupakan salah satu cara untuk dirinya bermuhasabah dan menilai kembali amalan yang pernah dilakukan.
“Momen ingat mati sentiasa sahaja ada. Macam baru-baru ini, saya ada tengok satu video di Instagram, yang memperlihatkan satu individu ini sedang menggali kubur.
“Ketika dia menggali kubur, hujan sedang turun dan sewaktu close-up ke bahagian liang lahang, nampak semput. Bila lihat dengan tanah jatuh… saya cakap dengan diri sendiri yang mungkin saya yang ada dalam liang lahad itu,” katanya kepada Gempak.
Tambah Neelofa, jika suatu hari nanti kematian datang menjemput, dia sentiasa berfikir apakah amalan yang akan dibawa dan diangkat oleh Allah SWT.
“Katakanlah kalau itu memang takdirnya, apa yang saya nak bawa ke sana? Apa perkara-perkara atau ibadah yang Allah SWT akan angkat untuk selamatkan saya ketika berada di dalam tu?
“Momen-momen macam tu memang akan datang sekali sekala. Kita kena paksa diri untuk muhasabah diri, fikir cukup tak amalan yang akan dibawa nanti,” katanya menutup perbualan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Unitar