,
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

Gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.

BERITA TRENDING: Bukan Saja-Saja Bedah, Batang Hidung Lana Nodin Pernah Patah Kemalangan RXZ - "Hidung Senget Sampai Sekarang, Terpaksa Buat ..."

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa, Ahmad Amir Muhamad, 29 dalam perjalanan pulang ke Felda Seroja, Jengka 18, Temerloh, Pahang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa memotong sebuah lori menggunakan lorong kecemasan dan telah bergesel dengan sebuah lagi motosikal RXZ yang berhenti di lorong kecemasan tersebut.
"Akibat kejadian itu mangsa telah terjatuh di atas jalan raya dan terseret masuk ke bahagian bawah sebuah treler.
"Mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala," katanya pada Ahad.
"Seorang lagi penunggang RXZ dan pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

BERITA TRENDING: ​Hampir Maut, Pereka Fesyen Shanel Harun Kemalangan! - "Masa Tu Hujan Lebat Di LPT, Sesaat..."

BERITA TRENDING: Coolnya! Achey Naik RXZ Hantar Teddy Bear Gergasi Untuk Abam

Sumber: Sinar Harian, Kosmo! Foto: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.