Terpisah Bertahun-Tahun Akibat Pergolakan, 2 Beradik Syria Ini Akhirnya Bertemu Di Olimpik?
Tular di media sosial mengenai dua beradik Syria yang bertanding di Olimpik Tokyo.
Selepas bertahun lama berpisah akibat pergolakan di negara itu, kedua-dua mereka didakwa dipertemukan semula.
Malah, Muhamad Maso dan adiknya Alaa ini dikatakan pelarian Syria dari Aleppo dan mereka pernah menyelamatkan diri dengan merentas lautan.
Walau bagaimanapun, menerusi laporan dikeluarkan CGTN News, perkara tersebut sebenarnya telah ditokok tambah.
Menurut laporan itu, fakta mengenai pertemuan dua atlet itu selepas bertahun-tahun perpisahan kerana konflik di Syria adalah tidak benar.
Ini kerana kedua-dua mereka yang berasal dari Aleppo itu kini tinggal di Jerman.
“Mereka meninggalkan Syria pada 2015 yang mana ibu bapa mereka ketika masih hidup.
“Mereka menuju ke Eropah bersama-sama,” kata laporan berkenaan.
Difahamkan, Muhamad Maso mewakili Syria untuk sukan triathlon manakala Alaa pula mewakili pasukan Refugee Olimpik dalam sukan renang.