Hiburan
Ternampak Mahluk Halus Ketika Sedang ‘Shooting’, Wafariena Lebih Rela Berdiam Diri - “Masa Mereka Guna Darah Palsu, Benda Itu Muncul…”
Pelakon, Wafariena akui dia pernah ternampak mahkluk halus sewaktu menjalani pengambaran telefilem Budak Pedamping di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Namun, menurut pemilik nama Wafariena Roslan, dia memilih untuk berdiam diri ketika berhadapan dengan situasi tersebut kerana ingin memberi fokus kepada krew dan pelakon lain.
“Pernah ada satu babak, ketika mereka sedang menggunakan darah palsu, benda itu memunculkan diri.
“Namun saya memilih untuk tidak memberi tahu kepada mereka, kerana nanti mereka akan takut dan mereka tidak akan boleh perform dekat situ. Lebih-lebih lagi mereka yang sedang menjalankan babak itu.
“Saya kalau nampak saya akan diam sahaja, pernah sebelum ini kena kacau, kena ikut tapi selalunya kalau di set pengambaran saya lebih memilih untuk diam sahaja,”katanya kepada Gempak.
Pelakon yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku ini juga menyatakan bahawa dia sering mengamalkan ayat kursi bagi melindungi diri.
Pada masa sama, Wafa juga menyatakan dia tidak kisah untuk menerima tawaran berlakon untuk sebarang naskah yang bergenre seram.
“Saya tak pernah nak tolak job apa pun walaupun job tu cerita yang seram, paranormal. Saya tak akan pernah tolak,” tambahnya.
Selain Wafa, antara pelakon yang menjayakan telefilem Budak Pedamping adalah Idan Aedan, Fimie Don,Syafie Naswip dan Puteri Sarah.
Must-Watch Video