,
Viral

Terlibat Kes Rasuah, Mantan Gabenor Check In Dengan Ramai Wanita: “Pakai Kod Rahsia…”

Maliah Surip
24/07/2024
13:45 MYT
Seorang mantan gabenor dari Maluku Utara, Abdul Gani Kasuba berdepan dengan kes rasuah yang sedang berlangsung di mahkamah.
Ramai saksi dipanggil memberi keterangan mengenai kes rasuah yang membabitkan kelulusan projek bernilai ratusan juta ringgit.
Salah seorang saksi, Eliya yang dipanggil mendedahkan kepada mahkamah dia selalu menyediakan wanita sesuai dengan permintaan Abdul Gani.
Eliya mendakwa telah menyediakan dan menghantar puluhan wanita untuk bertemu dan check in di hotel bersama Abdul Gani sepanjang ‘berurus niaga’.
Malah mereka akan menggunakan kod rahsia untuk berhubung sebelum pertemuan dilakukan, lapor Detik.com.
Antara kod rahsia yang digunakan mereka adalah Cinta dan Ayu. Jika Abdul Gani membalas kod tersebut dia akan menuju ke hotel tempat pertemuan bersama wanita yang disediakan buat lelaki tersebut.
Setelah itu dia akan meninggalkan wanita tersebut bersama Abdul Gani di dalam bilik hotel dan memberitahu mereka akan menghabiskan sekitar satu sehingga dua jam bersama.
Wanita-wanita tersebut pula akan dibayar dengan harga yang berbeza. Ia antaranya ada yang bernilai RM2,900 sehingga RM14,500.
Dan selama berurus niaga menyediakan wanita buat Abdul Gani, dia mendakwa telah menghabiskan sekitar RM864,000.

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

BERITA TRENDING: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

BERITA TRENDING: Negara muflis, Kos Sara Hidup Meningkat Jika Rasuah Berterusan

BERITA TRENDING: Betapa Jijiknya Perasuah, Bab Nikah Pun Boleh Buat Duit

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.