,
Hiburan

Terlantar Sakit Akibat Angin Ahmar, Anak Amran Tompel Terharu Ramai Prihatin Keadaan Bapa

Kamaruddin Razal
22/06/2020
13:04 MYT
Anak kepada pelakon dan pelawak Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali Amran Tompel, meluahkan rasa terharu apabila ramai pihak prihatin dengan keadaan bapanya yang kini terlantar akibat angin ahmar.
Memetik laporan BERNAMA, Shafiq Amran, 26, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik berkata, pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan rakan-rakan artis termasuk saudara-mara, hadir menziarahi bapanya serta memberikan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian dan juga wang tunai.
"Sehingga kini bantuan diterima secara berterusan daripada pelbagai pihak. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PBMalNS MAINS), saudara-mara, rakan-rakan artis, persatuan dan masyarakat setempat kerana banyak membantu dan prihatin dengan keadaan ayah," katanya.
Shafiq ditemui ketika program sumbangan dan ziarah Amran Tompel bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Paroi Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani dan penyanyi terkenal, Datuk Awie di kediamannya di Seremban, semalam.
Berkongsi kisah menjaga dan menguruskan bapanya, Shafiq berkata bapanya ketika ini memang sukar menguruskan diri kerana hanya terlantar di atas katil dan perlu disuap makan serta tidak boleh memakan makanan berat.
"Ayah tidak boleh uruskan dirinya sendiri dan seorang daripada kami (adik-beradik) akan membantu uruskan ayah. Ayah boleh bangun tetapi kena dukung dan papah untuk mandikan ayah," katanya.
Tambahnya keadaan bapanya yang terlantar sakit bermula sejak 2015 selepas diserang angin ahmar sehingga menyebabkan kakinya tidak dapat digerakkan, namun kemudian pulih tetapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac lepas, bapanya sekali lagi diserang angin ahmar dan kembali terlantar.
Sementara itu, Vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata sebagai Presiden Kelab Permotoran Wings Motor Gang Society (WMGS), beliau bersama WMGS dengan kelab peminat Sayap Sayap Wings bekerjasama mengumpul dana bagi membantu golongan artis yang uzur dan kurang berkemampuan.
"Kita sepakat melakukan ziarah Syawal ini dan ia memang satu kewajiban kelab untuk mengeratkan silaturahim dan memastikan kebajikan dilakukan itu tidak akan putus," katanya yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang dan barangan keperluan untuk Amran Tompel.
Dalam pada itu, Taufek berkata usaha dilakukan Awie ini dapat menjadi contoh kepada persatuan dan masyarakat lain.
"Ini sebagai suatu bukti bahawa Amran Tompel tidak bersendirian kerana ramai pihak yang tampil membantu... saya percaya bantuan ini bukanlah yang pertama dan bukan juga yang terakhir," katanya.
Sumber & Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Hiburan

Rajinikanth Dimasukkan Ke Hospital Akibat Sakit Perut Mengejut!

gempak
01/10/2024
22:56 MYT
Bintang filem Tamil, Rajinikanth dimasukkan ke Hospital Apollo di Chennai, India akibat sakit perut mengejut, semalam.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Unitar