,
Laman Utama

Terlalu Istimewa….. Hayati Kemerduan Suara Adibah Noor, Ini Lima Lagu Untuk Kenangan Bersama

Mya Amri
20/06/2022
16:05 MYT
Pemergian Allahyarham Adibah Noor pada 18 Jun lalu sememangnya mengejutkan industri hiburan.
Sehingga hari ini platform media sosial masih lagi dihujani dengan ucapan takziah dan doa daripada rakan-rakan industri serta wargamaya.
Allahyarham Adibah Noor pergi dengan meninggalkan pelbagai momen manis dan lagu-lagu disulam dengan kemerduan suaranya.
Di sini kami imbas kembali lima lagu Allahyarham Adibah Noor sebagai kenangan kita bersama.
#Terlalu Istimewa
Lagu ini pernah mengangkat nama Allahyarham Adibah Noor di persada industri hiburan pada tahun 2006.
Lagu ini juga melayakkan arwah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-21 pada tahun yang sama bagi kategori balada, vokal terbaik dan lagu terbaik.
Sehingga kini lagu ini masih menjadi kegemaran dan siulan ramai, Terlalu Istimewa juga mengingatkan kita tentang keperibadian seorang Adibah Noor.
Bagi yang tidak mengetahui sebenarnya lirik lagu yang ditulis arwah ini mengisahkan tentang kisah benar seorang kanak-kanak bernama Nurul Huda Abdul Ghani yang dirogol dan dibunuh dalam satu insiden pada 2004.
#Mana Nak Lari - Magika
Merupakan runut bunyi bagi filem Magika arahan Edry Kru. Selain arwah, lagu ini juga turut dinyanyikan oleh Sharifah Amani, Sharifah Aleeya, Ziana Zain dan Mohd Afiq Fikri yang merupakan pelakon filem tersebut.
#Bahasa Rindu
Dikeluarkan pada tahun 2014 namun tahukah anda sebenarnya penulis lirik lagu ini mempunyai momen istimewa bersama arwah.
Cerita disebalik penulis lirik lagu ini, Opie Sofea bersama arwah sangat menyentuh hati.
Menyifatkan Adibah sebagai seorang figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa, Opie membuka cerita, kenangannya bersama arwah.
Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 13 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.
“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu 'Bahasa Rindu'. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.
#Ramadhan Dan Syawal
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar lagu raya berjudul Ramadhan dan Syawal nyanyian Allahyarham namun lagu ini menonjolkan sedikit kelainan dari segi vokalnya.
#Malaysia Kau Ku Cinta
Tidak hanya menyanyikan lagu balada, penyanyi serba boleh ini juga turut menyampaikan lagu patriotik.
Lagu berjudul Malaysia Kau Ku Cinta yang diterbitkan Adibah Noor Entertainment ini dinyanyikan oleh Adibah sendiri dan juga Dina Nadzir.
Lagu ini bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-56 negara Malaysia.
Terdahulu, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Allahyarham Adibah Noor.
Arwah sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV8).
Adibah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6.00 petang Sabtu di Hospital Gleanegles.
Arwah juga tidak memaklumkan tentang keadaannya yang menderita kanser Ovari tahap empat kepada umum.
Jenazah arwah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur, sekitar jam 9 pagi Ahad.
Lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir.
Antaranya Datuk Afdlin Shauki, Datuk Hans Isaac, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."

gempak
03/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi, Tomok dan Siti Nordiana bakal bergabung pentas buat pertama kali menerusi konsert Memori Mungkin Berulang.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

Rakan Artis Sayu Kongsi Kisah Kenangan Bersama Arwah Jay Jay

gempak
05/08/2024
12:20 MYT
Momen sedih buat pengikut industri muzik tanah air selepas dikejutkan dengan berita pemergian pelantun lagu Rindu Bayangan, Jay Jay pada 4 Ogos di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Unitar