,
Laman Utama

Terkejut Nama Trending Di Twitter, Fazura Memang Betul Nak Makan Lemang - "Adakah Saya Salah Bual Atau ..."

Syafiqah Jalal
28/04/2021
07:15 MYT
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter semalam.
Kata Fazura dia tidak mengetahui puncanya sehingga dimaklumkan oleh teman-teman mengenainya dan kemudian memeriksanya sendiri.
“Sejujurnya, semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fatima di rumah dan tak tengok sangat telefon.
“Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.
Majlis yang mendapat kerjasama baik daripada penaja utama, syarikat Bata Malaysia itu adalah sempena meraikan anak-anak yatim tersebut menerusi persiapan sambutan hari raya tidak lama lagi.
Semalam, isu yang melanda selebriti terkenal, Neelofa secara tidak langsung menyebabkan nama Fazura sohor di laman Twitter hari ini.
BACA: Isu ‘Burger Moreh’, Neelofa Mahu Bantu Bayarkan Kompaun Abe Burger
Ciapan Fazura di Twitter mengenai lemang menjadi trending apabila menerima ulang ciap lebih 25,700 kali oleh pengguna media sosial tersebut.
“Saya ingat ciapan mengenai lemang yang dimuat naik semalam yang menjadi puncanya. Saya fikir adakah saya salah bual mengenai lemang itu atau salah taip ayatnya.
“Tapi semalam, memang saya teringin nak makan lemang lemak-lemak masin. Itu makanan kegemaran saya,” katanya.
“Saya memang tak baca pasal perkara lain. Awalnya memang saya fikir orang jadikan saya bahan jenaka sebab ciapan lemang, itu saja,” katanya. Nama Fazura trending bukan disebabkan sebarang kontroversi tetapi berkaitan tindakan netizen yang berang dengan kadar hukuman diterima Neelofa akibat melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan hantaran Neelofa yang menyatakan bahawa dia mahu menjamah burger sebagai hidangan moreh walaupun posting itu telah pun dipadamkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.