,
Laman Utama

Terkandas, Model Ukraine Maki Presiden Rusia

Maliah Surip
04/03/2022
10:45 MYT
Seorang model kelahiran Ukraine, Kristy Ponomar menjadi tular di media sosial gara gara memaki Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Ponomar meluahkan kemarahan dan rasa geramnya terhadap Putin yang memulakan gencatan senjata terhadap negaranya melalui kemas kini di Instagram.
Model tersebut menulis: “F*k war! F*k Putin! Saya cuma mahu pulang dan stay safe.”
Kemarahan tersebut timbul lantaran dirinya kini tidak dapat pulang ke Ukraine selepas negaranya diserang Rusia sejak minggu lalu.
Pomodar diketahui terlibat dalam fashion show Prada di Milan Fashion Week 2022.
Selain meluahkan rasa marah kepada Putin, Pomodar mengaku berjalan di pentas catwalk kali ini adalah sebuah tanggungjawab yang sulit dan penuh emosional.
“Saya baru berjalan memperagakan jenama Prada. Ini adalah tugas tersulit saya.
“Saya lakukan ini untuk negara tercinta, Ukraine,” luahnya yang juga berterima kasih kepada keseluruhan tim Prada yang banyak memberi semangat dan memahaminya sepanjang majlis berlangsung.
Pada masa sama, model dengan ketinggian 178 sentimeter ini juga mengemas kini media sosialnya dengan gambar suasana pilu Ukraine yang teruk dibedil Rusia.
Dia juga mengaku sedih kerana negaranya telah hancur kerana perang.
“Kenapa? Kenapa negara saya kelihatan seperti ini? Siapa boleh tolong beritahu saya?”, soalnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.