Hiburan
Terkandas di Pulau Tioman, Zulin Aziz Mohon Doa Peminat
Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Zulin Aziz terkandas di Pulau Tioman berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan tersebut.
Menerusi dua entri di laman sosial Instagram miliknya, Zulin menceritakan pengalaman terkandas di Pulau Tioman semenjak Ahad.
Menerusi entri pertama, Zulin bercerita memohon doa agar dirinya bersama rakan-rakannya dapat pulang ke Kuala Lumpur.
“Disebabkan cuaca tak baik, jadi atas arahan Jabatan Laut. Tak ada ferry sampai 14 hari bulan dan saya tak boleh balik KL. Uwaaaaaaa.
“Doakan semoga saya dapat balik dan bertugas di Suria FM macam biasa. ATM tak ada, wifi tak ada, line telefon kejap ada kejap tak ada langsung. Baju tak cukup, adoi. Help me! Siapa ada helikopter, meh nak tumpang,” tulis Zulin.
Menerusi entri kedua pula, Zulin berterima kasih kepada orang-orang kampung yang tinggal di sekitar Pulau Tioman dan berharap agar semua pihak memahami situasinya.
“Dah mintak segala bantuan yang ada polis bomba maritim bagai. Berdoa jelah semoga ada bantuan bawa saya balik. Terima kasih doakan saya. Saya dekat sini baik-baik saja. Cumanya saya kena balik atas urusan kerja dan urusan itu sangat penting. Tapi itulah nak buat macam mana, dugaan.
“Segala usaha dah buat. Naik helikopter harganya cecah RM34,000. Adoi! Memang taklah! Jadinya saya redha jelah. Berdoa pada Allah semoga esok cuaca baik. Kami semua yang terdampar dekat pulau ini boleh balik. ATM tak ada, jadi hiduplah dekat sini dengan duit yang cukup-cukup makan ni. Orang kampung dekat sini baik-baik, terima kasih.
“Soal kerja pula, harap faham situasi saya dan ada rezeki, adalah. Saya pun tak tahu dah nak buat cara apa, yang saya dapat berita amaran sehingga 17 hari bulan. Bersabarlah Zulin dan yang lain tu.
“Terima kasih pada yang mendoakan, yang ambil berat dengan call, whatsapp, comment, DM anda itu sedikit sebanyak sejukkan hati saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video