,
Laman Utama

Teringat Memori Disambut Meriah Di Malaysia, Blue Tak Sabar Nak Berkonsert Februari Depan!

Izwan Isa
17/01/2023
14:50 MYT
Kumpulan dari England, Blue mengakui tidak sabar untuk bertandang ke Malaysia dan menghiburkan peminat menerusi rangkaian konsert jelajah Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour akan datang.
Salah seorang anggota Blue, Simon Webbe berkata, dia masih teringat akan sambutan yang diberikan oleh peminat sewaktu mereka singgah ke Malaysia pada awal pembabitan sebagai kumpulan vokal.
“Ketika itu pertama kali datang ke negara-negara Asia dan kami sempat singgah ke Malaysia. Kami terkejut dengan sambutan yang diberikan pada waktu itu. Peminat tunggu kami di lapangan terbang menyambut kami.
“Tak sangka kami yang dari UK ada peminat di negara lain dan sehingga kini kami tidak akan lupakan momen itu,” katanya dalam sidang media virtual yang diadakan di ibu kota semalam.
Antony Costa pula menambah, dia berharap agar peminat akan terhibur dengan persembahan yang bakal diadakan kelak.
“Kami baru sahaja selesaikan jelajah di UK dan apa yang boleh saya katakan, kami berharap agar peminat bakal terhibur dengan persembahan kami.
“Pada malam konsert nanti, kami akan menyanyikan lagu hits kami serta lagu-lagu album baharu,” katanya.
Dalam pada itu, Duncan James sempat mencelah yang dia sering mencacah tatu setiap kali datang ke Malaysia.
“Setiap kali ke Malaysia, saya pasti akan cacah tatu. Terdahulu saya cacah pada bahagian kaki kiri. Untuk kali ini, saya tak pasti untuk cacah di mana,” katanya.
Sebelum menutup perbualan, Simon berkata yang peminat boleh menjangkakan persembahan yang mirip dengan persembahan terdahulu, tetapi ditambah dengan elemen baharu.
Jualan tiket konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour yang dijadualkan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur itu sudah bermula pada 4 Januari, yang terbahagi kepada 5 kategori utama, VVIP dengan 'Meet & Greet' (RM688), VIP (RM488), DIAMOND (RM358), PLATINUM (RM258) dan GOLD (RM188) di laman web rasmi www.hitmanlive.com.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai konsert ini, sila hubungi En Keeran D. (Hitman Solutions) di talian 012-887 0669.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Seronok Mandi-Manda Di Blue Lagoon, Netizen Selar Puak Terpaling Nature Lover

gempak
08/02/2024
14:00 MYT
Seorang pengguna X menyelar tindakan beberapa individu yang kelihatan seronok bermandi-manda di blue lagoon walaupun kawasan itu sememangnya kawasan larangan.
Laman Utama

Blue, Konsert 60 Minit Yang Tak Puas!

gempak
13/02/2023
14:54 MYT
Terima kasih Blue atas lagu-lagu nostalgia...
Laman Utama

Imbau Balik Cintan-Cintun Awal 2000 Dulu! Blue Datang Malaysia Bikin Konsert Februari Depan

gempak
05/01/2023
09:45 MYT
Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour pada 10 Februari 2023 di Plenary Hall, KLCC
Hiburan

“Like A Dream When My Childhood Crush…” – Ezzaty Abdullah Speechless, Gagap Bertemu Blue

gempak
05/03/2019
07:06 MYT
Hiburan

“Eh Takpe, Tak Payah Kecam Sebab Bukan K-Pop Kan” – Aksi Peluk Cium Kilafairy & Kumpulan Blue, Peminat K-Pop Perli Netizen?

gempak
04/03/2019
18:01 MYT