,
Laman Utama

Terima Nafkah RM50 Setahun, Siti Jamumall Nekad Bercerai! - "Tak Nak Terseksa Tanggung Biawak Hidup"

Amri Hassan
16/10/2023
10:44 MYT
Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall mendedahkan pernah mendapat nafkah RM50 setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.
"Sebelum ini ramai tanya kenapa saya cerai. Kalau nak tahu, saya pernah dapat RM50 saja nafkah dalam masa setahun. Paling banyak pun RM200.
"Saya pernah cakap dengan dia (bekas suami) perkara ini. Tapi, mujur saya ini wanita jenis yang berdikari dan tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan dia. Jadi, saya bekerja dan berniaga menerusi sesi siarang langsung.
"Malah, pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Selepas itu baharulah saya ke hospital. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri," katanya.

Tanggung biawak hidup

Menurutnya, jalan terbaik baginya adalah bercerai.
"Sampai bila saya nak hidup dalam suasana rumah tangga dan perhubungan yang toksik? Saya tidak mahu terus membiarkan diri terseksa dengan menanggung 'biawak hidup'.
"Diakui apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.
"Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri," katanya.
@sitijamumall
Berdiam Selama ini. Menahan Sakit sendiri. Doakan sye terus kuat♬ original sound - sitijamumall Siti Jamumall dan suami bercerai dengan talak satu pada Disember tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar