,
Laman Utama

Terima Lagu Dari Haqiem Rusli, Shidee: “Saya Boleh Cuba”

Maliah Surip
18/01/2022
11:45 MYT
Penyanyi senior yang juga merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 8, Shidee, mendedahkan ada menerima karya dari penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli baru baru ini.
Menurut Shidee yang baru terkandas di pentas separuh akhir GV, lagu tersebut bagaimanapun belum siap sepenuhnya. Namun sebagai seorang penyanyi beliau teruja jika Haqiem ingin memberikan lagu untuk didendangkan olehnya.
“Baru baru ini ada dapat lagu dari Haqiem Rusli, tapi belum siap. Katanya bahagian korus belum siap, jadi saya tunggu,” kata Shidee sewaktu menjadi tetamu program HLive malam tadi.
Tambah penyanyi yang sudah melangkaui usia 60 tahun itu, biar sudah memegang status senior, tidak menjadi masalah atau kesalahan buatnya menerima idea atau bekerja dengan pendatang baharu.
“Sebenarnya saya bersyukur juga sebab anak muda seperti dia (Haqiem) nampak orang lama seperti saya. Saya boleh cuba (menyanyi), tak ada masalah,” kata Shidee lagi.
Selain memberitahu ada menerima lagu dari Haqiem yang pernah menjadi rakan duetnya dalam salah satu segmen di GV, Shidee turut berkongsi perkembangan kariernya yang kembali ‘meriah’ selepas menyertai program terbitan Astro tersebut.
Katanya jika sebelum ini dirinya hanya menerima undangan nyanyian pada setiap Jumaat sehingga Ahad, kini jadual seninya boleh dikatakan sibuk setiap hari. Tawaran menyanyi datang tidak putus putus sepanjang dirinya sibuk bertanding dalam GV.
Shidee kemudian menyifatkan segala tawaran dan perhatian yang yang diperoleh kini sebagai rezeki anak.
“Sebelum sertai GV saya memang sudah ada undangan nyanyian setiap Jumaat hingga Isnin. Tapi selepas menyertai program ini, tawaran masuk hampir setiap hari. Saya pun pening nak susun.
“Bagaimanapun saya anggap ini semua rezeki anak. Sewaktu menyertai GV saya tak duga dan tak nampak benda macam ini (rezeki), saya bertuah kerana melalui platform ini saya kembali semula,” katanya.
Terdahulu perjuangan Shidee ke final GV terkandas pada peringkat separug akhir bersama penyanyi dangdut, Ani Mayuni.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.