,
Laman Utama

“Terima Kasih Jadi Contoh Kepada Para Wanita” - Dr Rafidah Sokong Puteri Sarah, Harap Pertimbang Failkan Harta Sepencarian

Mya Amri
20/04/2023
08:43 MYT
Pakar perunding perubatan, Dr Rafidah Abdullah memuji pelakon, Puteri Sarah Liyana yang tegas memperjuangkan hak seorang isteri.
Menurut Dr Rafidah, Puteri Sarah merupakan salah satu contoh wanita perpendirian tegas dan bijak berdikari.
“Terima kasih Puteri Sarah kerana menjadi contoh kepada para wanita. Berpendirian, berpijak atas kaki sendiri, berdikari,” tulis Dr Rafidah di ruangan Insta Story miliknya.
Dalam pada itu, Dr Rafidah juga menyatakan sokongannya terhadap Puteri Sarah dan berharap pelakon cantik itu dapat mempertimbangkan mengenai hak harta sepencarian.
“Setuju, pertempuran perlu diteruskan. Tidak kira berapa lama ia akan mengambil masa. Saya harap anda mempertimbangkan semula untuk memfailkan harta sepencarian.
“Tambahan pula pendapatan yang anda mungkin hilang semasa berkahwin dengannya.
“Biarkan dia bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku dan ke atas anak-anak dan awak. Saya doakan semua urusan @puterisarahliyana dipermudahkan,” coretnya.
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana sebelum ini menafikannya tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian bersama suaminya, Syamsul Yusof.
BACA: Syamsul Yusof Buat U-Turn, Tak Jadi Bercerai! Impian Puteri Sarah Tak Tercapai
Puteri Sarah menegaskan, anak-anak adalah keutamaan dan sepanjang tempoh ini dia bekerja keras menyara keluarga dengan pendapatan sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

gempak
30/08/2024
05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan tidak mungkin akan merujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof  meskipun pengarah itu dikatakan bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.