“Terima Kasih Aziz M Osman Tunaikan Hajat Kami’ - Peminat Dah Ready Terpacak Depan TV Layan Jaga-Jaga Senariounion!
Tinggal beberapa jam saja lagi, filem terbaru kumpulan pelawak lagenda iaitu Jaga-Jaga Senariounion bakal ditayangkan.
Ketika ini ramai peminat khususnya yang mengikut rapat perkembangan Senario daripada awal dahulu tidak sabar menantikan tayangan.
Keterujaan luar biasa itu terbukti apabila ramai peminat meluahkan rasa teruja mereka di media sosial.
Ada yang mahu berjaga tengah malam menantikan tayangan, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.
Malah, ramai di antara mereka yang meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengarahnya, Aziz M Osman kerana merealisasikan permintaan menggabungkan kembali pelawak-pelawak ‘legend’ tersebut.
Anda boleh lihat antara reaksi mereka di bawah.
Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.
Anda boleh melanggan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.