Hiburan
Terima Biasiswa NASA Rupanya Satu Penipuan, Pelajar Ini Akui Menjadi Mangsa...
Semalam, seluruh rakyat Malaysia menerima perkhabaran membanggakan apabila seorang pelajar telah terpilih untuk menerima biasiswa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).
Malah, perkhabaran itu turut diraikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan beberapa lagi menteri tertinggi yang lain.
Namun, hari ini, pelajar tersebut Azhar Ali telah membuat pendedahan yang mengejutkan menerusi satu posting di Twitternya.
Menurut Azhar, dia akui telah menyertai pertandingan pakaian NASA dalam kategori gred 9-12 dan telah pun menerima email mengtakakan dia terpilih sebagai top satu peratus.
"Saya kemudian kongsi berita baik itu dengan kawan rapat. Namun pada masa sama yang juga telah menerima email dari NUS tetapi bukanlah dari domain NUS," katanya.
Menurutnya, susulan daripada kejadian itu dia kemudian menghubungi pihak NASA untuk mendapatkan pengesahan sama ada beliau mendapat biasiswa atau tidak di laman rasmi NASA.
"Saya meminta agar orang ramai berhenti untuk membuat kenyataan yang tidak benar bagi pihak saya.
"Apa yang kita boleh belajar di sini adalah untuk semak kebenaran sesuatu perkara tersebut sebelum membuat kenyataan di media sosial.
"Saya tidak akan mintak maaf kerana saya juga mangsa penipuan scam ini," katanya.
Posting tersebut turut mendapat perhatian Khairy Jamaluddin yang mahu orang ramai menjadikan kes tersebut sebagai pengajaran.Asslm, today I am here to clarify a certain number of things. First and foremost, the genuineness of my NASA scholarship. Around 20 March, I participated in the NASA suit designing competition categorised under NASA for grades 9-12. I did my part.— Saturn ? (@theotherazharal) May 3, 2020
"Pengajaran buat semua termasuk saya. Semak dulu sebelum kongsi di media sosial. Pujian yang diberi kepada anda (Azha) adalah kerana mereka semua mahu pemuda Malaysia berjaya.
"Jangan putus asa, biar apapun orang cakap, teruskan berjuang," katanya.
Yes, this is indeed a lesson for all of us (myself included) to fact check before sharing online. The compliments you received from many came from a good place of wanting to see a young Malaysian succeed. Don’t give up. Whatever people are saying, keep reaching for the stars.— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 3, 2020
Must-Watch Video