HIBURAN
Terima Banyak Mesej Negatif, Pengurus Fattah Amin Tampil Bersuara - “Kalau Duduk Rumah, Dihina Pula Tiada Duit”
Pengurus kepada pelakon Fattah Amin yang dikenali sebagai Aca mendedahkan aktor dibawa pengurusannya itu menerima banyak mesej negatif berikutan sering muncul di media sosial selepas bercerai.
Hasad dengki
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Aca meluahkan rasa berang dengan segelintir netizen yang didakwa mempunyai perasaan hasad dengki dengan rezeki pelakon berusia 34 tahun itu.
“Orang pengecut saja guna fake akaun ini. Kalau nak cakap dengki, nanti cakap saya ini jahat pula. Saya faham saja kalau ada yang tak suka.
“Sebab dekat mana-mana muka Fattah. Tapi ini kan kerja. Kalau duduk rumah saja, dihina pula tiada duit,” katanya.
Dalam pada itu, Aca menasihati netizen untuk berfikir sebelum berkata- kata kerana setiap orang mempunyai had dalam menahan sabar.
Simpati dengan Amira
Bukan itu sahaja, Aca berasa simpati dengan penyanyi Amira Othman yang turut terkena tempias sedangkan wanita itu hanya bekerjasama untuk beberapa produk yang sudah dipersetujui..
“Kenapa kena kecam Amira? Saya tak faham. Sebab dia bekerjasama dengan Fattah, korang kecam? Cuba doakan saja yang baik-baik.
“Kalau tak suka, jangan tengok. Doa saja untuk diri sendiri,” ujarnya.
@torygolden Pesanan aca kepada haters yang suka sangat cari salah Fattah ni, kepada haters tu cuba muhasabah diri, jangan nak kata perkara yang tak berfaedah je kat orang. #sakirinaca #fattahamin #amiraothman #doayangbaikbaik #managerfattah ♬ Sedih menyentuh hati - Yuda Pratama
Must-Watch Video