,
Hiburan

Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi

Firdaus
23/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini menerima Anugerah Ibu Ikon Malaysia 2024/2025 bersempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Mahu Terus Beri Inspirasi

Perkhabaran gembira itu dikongsi menerusi entri yang dimuat naik di Instagram di mana aktres berusia 48 tahun tersebut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak penganjur di atas penganugerahan berkenaan di samping berjanji akan menjadi contoh yang baik kepada kaum wanita di luar sana.

"Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 . Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.

"Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon," katanya.
Tidak terhenti di situ, Rita juga sempat menitipkan nasihat agar ibu bapa di luar sana supaya menjaga cahaya mata dengan baik walau berhadapan dengan pelbagai ujian hidup.
"Tidak mudah, walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama. Percayalah, disetiap semua itu bukanlah kesusahan tetapi itulah ujian untuk yang terpilih.
"Dan percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu anak. Jagalah, sayangilah mereka dan didiklah mereka kerana Allah," ujarnya.

BERITA TRENDING: “Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

BERITA TRENDING: “Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

BERITA TRENDING: Digelar ‘Ikon Ibu Tunggal’ Oleh Netizen, Rita Rudaini Hanya Mahu Jaga Amanah Allah Dengan Baik - “Ada Ramai Lagi Wanita Seperti Saya Yang…”

Menjengah ke ruangan komen, pelakon filem Mami Jarum itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”

gempak
23/09/2024
13:25 MYT
Raja pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia tidak kisah untuk menanggung perbelanjaan anaknya, Zaki Yamani, 18 yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Hiburan

Ibu Malek Mccrone Meninggal Dunia - “Selamat Tinggal Mamiku Tersayang”

gempak
22/09/2024
10:20 MYT
Ibu kepada pelakon Malek Mccrone dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.