,
Laman Utama

Tergamaknya, Ibu Usia 60 Tahun Dipenjara Sebab Terima Bungkusan Dadah Dari Anak

Maliah Surip
02/08/2023
13:52 MYT
Seorang warga emas berusia 60 tahun menjadi tajuk pemberitaan media massa Indonesia apabila dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan dadah.
Apa yang membuat berita itu menjadi perhatian masyarakat adalah wanita yang juga seorang ibu bernama Asfiyatun tersebut seperti diperdaya oleh anak sendiri bernama Santoso yang sedang berada di dalam penjara.
Menurut kronologi kes, Asfiyatun telah menerima bungkusan yang dikirim ke rumah oleh anaknya yang sedang menjalani hukuman kerana kes dadah di sebuah penjara di Semarang.
Tanpa dia ketahui, bungkusan tersebut berisi dadah jenis ganja dengan berat 17 kilogram. Sang anak derhaka menjadikan ibu dan rumahnya sebagai markas jual beli dadah meskipun dirinya berada di dalam penjara.
Ibunya menjadi orang tengah yang akan menyerahkan bungkusan yang diterima kepada orang yang telah berjanji membeli dadah tersebut lapor Kompas.com.
Nasib tidak baik, polis telah menyerbu kediaman Asfiyatun di Kelurahan Pegirikan, Kecamatan Semampir, Surabaya, Jawa Timur selepas mendapat maklumat mengenai markas jual beli dadah tersebut.
Polis kemudian menemui beberapa alat termasuk timbang dan dadah seberat 17 kilogram tersebut.
Kepada polis dan mahkamah, Asfiyatun mengaku tidak pernah tahu apa itu ganja. Dia hanya seorang ibu yang menjual makanan goreng di kampungnya.
Asfiyatun juga menangis sebaik hukuman penjara lima tahun dijatuhkan terhadapnya. Dengan tegas dia mengatakan tidak tahu telah menerima ganja serta kecewa dan berasa telah dianiaya oleh anak sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar