,
Laman Utama

Tergamak Bayar Wan Maimunah RM200 Berlakon Drama - "Tak Apalah... Memang Bukan Rezeki Saya"

Gempak
12/04/2023
04:50 MYT
Luluh hati pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lalu.
Wan Maimunah berkata, isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sebenarnya sering diluahkan pelakon lain dan sudah lama, namun sehingga sekarang masih belum ada jalan penyelesaian yang dicapai.
"Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.
"Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya," katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas dirinya dikatakan pelakon Gred A, Wan Maimunah berkata, itu orang yang melabelkannya. Hakikatnya, hanya dia dan pihak produksi yang tahu jumlah bayarannya.
"Saya tetap yakin Allah selalu bersama hamba-Nya yang tidak putus berdoa. Setakat ini untuk makan minum saya masih mampu diurus. Malah, kalau keluar makan di luar sekali-sekala pun, akan ada orang yang saya tidak kenali membayarnya.
"Tahu-tahu saja sudah dibayar. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati itu dan mendoakan agar terus dimurahkan rezeki. Sesungguhnya, Allah membantu kita dalam banyak cara yang tidak diduga," katanya.
Wan Maimunah berkata, dia kini sedia menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi yang mengikut kata hatinya mahu bekerjasama seperti membintangi drama arahan Rashid Sibir.
"Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid) baru habis belajar di universiti dulu. Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini," katanya.
Wan Maimunah berkata, disebabkan diskriminasi bayaran dilalui itu, dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Unitar