,
Laman Utama

Terengganu Fight Festival Himpun Pencinta Muay Thai, Bakal Cipta Malaysia Book of Records!

Amri Hassan
23/08/2023
05:40 MYT
Seni bela diri Muay Thai menjadi sukan yang semakin mendapat perhatian ketika ini. Muay Thai adalah satu bentuk seni bela diri yang menggunakan lapan anggota badan seperti penumbuk, siku, lutut dan juga kaki.
Mengambil inspirasi daripada sukan yang semakin digemari rakyat tempatan itu, Persatuan Muay Thai Terengganu akan menganjurkan program sukan berskala besar, Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023) yang dijadualkan berlangsung pada 29 hingga 30 September 2023 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Nama Terengganu Fight Festival 2023 – T-Fight Festival 2023 dipilih atas dasar faktor kepada penjenamaan komersial mewakili sukan berlandaskan seni bela diri / tempur di Negeri Terengganu Darul Iman.
Presiden Persatuan MuayThai Terengganu, Master Najmi Abdullah berkata, program seperti ini mampu memberikan impak yang pelbagai dari sudut industri sukan, gaya hidup sihat, pelancongan, keusahawanan serta sosial generasi muda.
"Persatuan Muay Thai Terengganu diiringi Majlis Sukan Negeri bersama Kerajaan Negeri serta agensi kementerian menjayakan acara ini agar memberikan manfaat yang tersendiri kepada semua pihak seterusnya mampu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2023.
"Objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.
"Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu. Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia," jelas Master Najmi.
Penganjuran T-Fight Festival 2023 kali ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran sebelum ini, namun dirancang lebih besar dengan pengisian dan acara yang lebih hebat.
@tfight2023 #terengganufight #elhafizloy @Iman Aliff @Elhafizloy ♬ bunyi asal - T-FIGHT
Acara T-Fight Festival 2023 ini juga diselarikan dengan trademark “Sukan Patuh Syariah” dan "Fit Is Sunnah” yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.
"Sama juga dengan acara kali ini, kami akan memastikan semua peserta memakai tight yang menutup aurat dari pusat hingga ke lulut. Itu tatacara pemakaian sukan seperti yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.

Malaysia Book of Records

Konsep acara utama program ini adalah One Arena, Thousands of Eyes iaitu T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).
Antara petinju Muay Thai yang akan beraksi dalam acara T-FIGHT kali ini ialah Ali Yaakub (Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan), Mat Ropi (Singamuda Kuda Merah PDRM), Aliff Rakib (Sor. Dechapant, Malaysia), Sabri (Thaivisix, Terengganu), Akif Hakimi (Muay Singa Muda, Negeri Sembilan), Adam Haikal Stable (Black Tiger Kelantan), Hakim (Red Lion Terengganu), Pjan Piranha (Muaythai Club, Pahang), Zulfakar (Thaivisix, Terengganu), Ejo Ikan Bakar (Sri Jerteh, Terengganu), serta peserta luar negara Amir Sirvan (Muaythai Academy, Iran).
Selain itu, acara ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpun penggiat beladiri/tempur dalam satu pertunjukan seni yang melibatkan penggiat yang aktif di dalam dan luar Terengganu bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Manakala, lebih 10 persatuan dan kelab bela diri yang bakal terbabit untuk pecahkan rekod sesi 16 jam seni bela diri antaranya Persatuan Silat Negeri Terengganu, Persatuan Taekwon-Do Terengganu, Persatuan Judo Terengganu, Persatuan Wushu Terengganu, Karate PDRM Terengganu, Kelab Muay Thai Kelat dan Persatuan Tinju Terengganu.

Acara dia hari dua malam!

Pelbagai acara sampingan menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, himpunan kereta klasik, bicara agama dan sosial / sukan patuh syariah, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge, Night Fun Run dan pelbagai lagi.
Tambahnya, menjadikan T-Fight Festival 2023 sebagai program terbesar penganjuran sukan tempur (gelanggang) yang mampu memberikan impak pelbagai pihak serta menarik kedatangan para pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.
Penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC - Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia, Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat.
Menurut Master Najmi lagi, program yang bakal dijadikan acara tahun ini secara tidak langsung akan mengangkat imej kerajaan negeri yang serius dan komited dalam menjayakan industri sukan pelancongan di Terengganu, 'Sport Tourism'.
Tiket TFight boleh didapati di laman web www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tiket TFight, boleh menghubungi talian hotline 011 1329 7822 (WhatsApp sahaja).
Setiap pembelian tiket termasuk SATU (1) T-Shirt Rasmi + SATU (1) ticket cabutan bertuah
HADIAH CABUTAN BERTUAH RM150 0000 1 X Proton X50 1 X Yamaha RXZ 1 x Pakej Percutian 4H3M Sabah
- Setiap harga tiket termasuk tiket caj dan fees. - Pembayaran melalui Debit & Credit Card tertakluk kepada 3% setiap transaksi - Pembayaran FPX payment tertakluk kepada to RM5.00 setiap transaksi - Kos penghantaran adalah secara Tunai (Cash on Delivery) semasa penghantaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Viral

Ikan Paus Bungkuk Pertama Kali Muncul Di Perairan Pulau Redang!

gempak
15/09/2024
15:06 MYT
Seekor ikan paus yang muncul di perairan Pulau Redang, Terengganu, dipercayai daripada spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) atau digelar paus bungkuk.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.