,
Laman Utama

Terdesak Nak Jumpa Shah Rukh Khan, Peminat Panjat Banglo Raja Bollywood

Maliah Surip
03/03/2023
13:50 MYT
Shah Rukh Khan memang menjadi kegilaan dan idola dari serata dunia. Para peminat akan melakukan apa sahaja demi bertemu dengan bintang Bollywood tersebut.
Ini termasuklah mengambil risiko ditangkap polis atau pihak berkuasa atas tindakan di luar kotak mereka.
Begitulah yang terjadi kepada dua peminat tegar Shah Rukh Khan apabila ditahan selepas cuba menceroboh masuk ke kediaman aktor itu di Mannat, Mumbai, India pada Khamis lalu.
Namun percubaan mereka yang memanjat dinding luar banglo milik selebriti itu gagal selepas berjaya ditangkap pengawal keselamatan ketika asyik ‘membuat kerja’.
Sewaktu pemeriksaan polis dijalankan, kedua-dua peminat tersebut mengaku datang dari Gujarat dan ingin bertemu Shah Rukh Khan. Mereka juga berusia sekitar 20 dan 22 tahun, lapor Hindustan Times.
Mereka kini berdepan pertuduhan memecah masuk dan beberapa kes lain yang selaras dengan Indian Penal Code (IPC).
Tahun lalu, Mannat mempunyai pintu masuk baharu lengkap papan nama yang akan bersinar dalam gelap.
Kediaman Shah Rukh Khan memang sering ‘dikunjungi’ peminat untuk sekadar mengambil gambar atau selfie. Bintang filem Pathaan itu malah akan muncul menyapa peminatnya daripada balkoni sewaktu menyambut ulang tahun atau sambutan Aidilfitri.
Sebelum ini menerusi sesi Ask Me Anything di laman sosial Twitter, Shah Rukh Khan mengaku banyak menghabiskan masa di rumah jika tidak terlibat dengan kerja.
“Saya hanya akan menghabiskan masa dengan menonton semua filem di rumah supaya dapat merasai diri sebagai penonton, bukan pembuat karya,” jawabnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.