,
Hiburan

Tercalon Dalam Anugerah Oscar 2020, Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Bersaing Dengan Frozen II

Fiza Kamarudin
17/10/2019
14:30 MYT
Tercalon dalam kategori Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020, filem animasi terbitan Les Copaque Production, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal jadi bualan hangat di media sosial.
Pencalonan ini menjadikan filem buatan Malaysia itu akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burhanuddin Md Radzi memberitahu, penyertaan filem itu dibuat sendiri pihaknya dan ia tercetus selepas filem berkenaan berjaya mencipta nama di Festival Filem Montreal.
"Ketika saya ditemu bual wartawan di sana, saya diberitahu bahawa skrip filem ini berbeza dan memenuhi kemahuan penonton.
"Imej baru dan jalan cerita baharu yang pastinya dapat perhatian penonton di sebelah Barat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Burhanuddin turut berkongsi bahawa tayangan akan dibuat di Los Angeles sebagai memenuhi syarat pencalonan Oscar 2020.
Malah, beliau berpendapat, usahanya untuk membawa Upin Ipin ke Oscar 2020 merupakan sebahagian daripada pembakar semangat buat pembikin filem tempatan.
"Dengan pendedahan seluas ini, saya harap Upin Ipin akan berada di peringkat seterusnya.
"Saya nak bakar semangat pembikin filem di Malaysia supaya mereka membuat sesuatu setaraf pembikin filem antarabangsa.
"Janganlah berada di takuk lama saja, asyik nak jual dalam Malaysia semata-mata," jelasnya.
Sebelum ini pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menghantar filem dokumentari M for Malaysia untuk mewakili Malaysia dalam kategori Filem Antarabangsa Terbaik.
Berikut ialah senarai awal calon Filem Animasi terbaik Oscar 2020:
  1. Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
  2. Abominable
  3. The Addams Family
  4. The Angry Birds Movie 2
  5. Another Day of Life
  6. Away
  7. Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
  8. Children of the Sea
  9. Dilili in Paris
  10. Frozen II
  11. Funan
  12. Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
  13. How to Train Your Dragon: The Hidden World
  14. I Lost My Body
  15. Klaus
  16. The Last Fiction
  17. The Lego Movie 2: The Second Part
  18. Marona’s Fantastic Tale
  19. Missing Link
  20. Ne Zha
  21. Okko’s Inn
  22. Pachamama
  23. Promare
  24. Rezo
  25. The Secret Life of Pets 2
  26. Spies in Disguise
  27. The Swallows of Kabul
  28. This Magnificent Cake!
  29. The Tower
  30. Toy Story 4
  31. Weathering with You
  32. White Snake
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Selepas Didi & Friends, Kini Pengembaraan Menyelamatkan Dunia Diteruskan Bersama Oga & Friends!

gempak
18/09/2024
12:50 MYT
Astro membawakan satu lagi siri animasi baharu iaitu Oga & Friends.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.